1/31/2011

Suai Kenal Blogger Baru : Edisi Februari



www.1tube.my  



  • berpotensi untuk menjadi masyur seperti youtube sekiranya dikendalikan dengan lebih baik lagi, maksudnya sekiranya search engine untuk satu-satu video tu dipermudahkan lagi..Secara tidak langsung jugak boleh mengenalkan konsep satu malaysia di kalangan negara lain..
  • memperbanyakkan lagi video-video terutamanya yang berkaitan negara malaysia kita, contohnya dari segi info tentang negara kita selian daripada lagu-lagu melayu..:
Dunia Blog di Malaysia semakin menarik kerana banyaknya info-info berkaitan negara kita yang ditulis oleh blogger blogger kita yang suka melancong dalam negara sendiri, dengan ini sekiranya pelancong asing ingin membuat research tentang negara kita mereka hanya perlu membaca blog-blog yang disediakan oleh rakyat Malaysia, selain itu, dari segi resipi masakan melayu, dengan ini dapat memperkenalkan makanan rakyat Malaysia di mata dunia..

Ang Pau

Yeah!!

saya dapat ANG PAU hari ni..

*big smiley*


*macam dapat beratus-ratus gayanya*   :D



Tak ada mood lagi

Hari ini kita banyak bercerita mengenai MOOD ye kawan-kawan *padahal baru dua entri pasal mood*

Memandangkan CNY just around the corner, dah tak lama je lagi kawan-kawan cina kita nak makan besar dengan family diorang rabu ni, dah tak lama lagi je kawan-kawan cina kita nak pakai baju color merah yang dibeli time sale di Sogo hari tu di pagi Tahun Baru Cina nanti dan dah tak lama lagi kita akan bercuti bersama-sama.. :D seronok eh!! u olls yang CNY ni keluar berjalan-jalan, berholiday-holiday di luar Kuala Lumpur..Kahsian diri ini yang kena duduk rumah, ehh!! tak kata nanti nak keluar ke??..Esok je dah planning nak jalan-jalan dekat sebab last week ternampak sebesar-besarnya signboard Debenham dekat Lot 10 tu..hehe!! *dah agak lama jugak kedai tu ada tapi baru sedar last week, alangkah kesiannya, tsk tsk!!*..So macam dapat green light dari mama esok boleh ronda-ronda KL ke Lot 10.. ;-D

Cerita pasal jalan ni, tadi masa tengah lunch *okay!! disini mahu ditegaskan tadi dayah makan quaker oats je okay!!, diet qaucker oats today plus mana ada mood nak makan kan tadi dah bilang* dayah borak-borak dengan rakan seperjuangan cerita pasal semalam dia google nak cari resepi daging masak black papper *dia cakap tak tau nak masak apa tu yang google resipi, wah!!* okay!! lah dia pun dapat resipi sekali bila dah ikut instruction with segala bahan-bahan yang ada, tau daging masak black papper jadi apa?? DAGING KERABU okay!! aishh!! kalau iya pun tukang pemberi resipi agak-agaklah kalau iya pun, tulis je tittle tu daging kerabu jangan memandai nak tulis daging black papper instead..Ohh!! baru dayah perasan daging tu adalah sikit papper nya tapi tulislah kerabu black papper ke something sikit, kesian kawan dayah ni..ishh!! berharap dia dapat masak daging black papper, baru nak feeling-feeling western jadi Asian jugak..

Okay!! back to the story pasal jalan ni, maaflah melalut sampaikan ke resipi..:) Tak ni nak cerita pasal husband dia adalah orang yang sangat tak suka berjalan..Dia kata dia ada jugak ajak-ajak pergi berjalan tapi tak pernah dihiraukan pun permintaan tu, dia prefer lagi duduk rumah..Tengg!! macam mana lah kalau dayah dapat husband macam ni kan..*thinkkk!!* Tapi nak buat macam mana kalau dah memang bukan kaki berjalan, macam mana buat pun dia akan rasa rumah dia adalah hotel yang paling best untuk dia spend time..Tapi kesian jugak dekat kawan dayah ni, merungut nak pergi holiday tapi tak boleh..Masalah ni memang tak dapat diatasi oleh kami sebagai kawan.. *ini ditulis kerana tiba-tiba dayah terasa if terkena pada diri sendiri, alamakk!!* tapi ingat jodoh ditangan tuhan..ermm!!

Pasal tak ada mood, serious hari ni memang tak ada mood langsung nak buat kerja..Boleh diakatakan semua orang..Masa makan tadi sunyinya, maklumlah 3 orang je yang makan di pantri tu..Kakak depan dayah ni yang sorang dari tadi blogwalking, yang sorang ni tak tau website hollywood mana dia buka*masa tengah menaip ni, dia tengah google cari website apa entah, tak nampak nak jenguk detail url dia..hhahaha!!* Yang sorang ni awal-awal dah bagi tau hari ni nak balik awal, sebab sifu dia on leave sampai next week..Dayah pulak memang penyakit tak ada mood ni dari last week, ingat tak on friday, so aircond ni sejuk tau tapi tak rasa nak pakai sweater..*ini falls into which kategori?? tak ada mood or PEMALAS??* Dari tadi asyik blogwalking je..

p/s : limau 3 kotak dah sampai..Dulu masa mama kerja, satu kotak satu hari dia bawak balik okay!! almaklum vendor bagi kat mama dulu, memang dia tapis dulu before nak distribute kan dulu kepada staff yang lain.. Gelap je fridge masa tu, penuh dengan limau..

Tak ada mood

Memang serious tengah TIDAK ADA MOOD sekarang ni..

ermm!!

tak ada mood..lalalala!!

malasnya..

Okay!! mood yang hilang tu dimaksudkan dengan TIADA MOOD UNTUK KELUAR MAKAN LUNCH atau dalam erti kata lain TAK ADA MOOD NAK MAKAN..hahahahaah!! boleh??

kan best kalau hari-hari gini, boleh kurus I tau..Seriouslah hari ni tak ada mood nak makan, mungkikah semalam dah makan sampai 3 pinggan ohh!! yeah!! sekali dengan makan malam after 8 okay!!
Ehh!! tipu-tipu ni tak ada mood nak makan gara-gara perutku meragam daripada pagi tadi..
ishh!!

Rasa sekarang ni nak duduk je sorang-sorang baca blog orang.. :D

bye kawan-kawan *sambil melambai-lambaikan tangan kepada rakan-rakan yang mahu keluar tapau makanan*

Marah tau tak??

Pagi-pagi dah bikin diri ini marah..Marah tahap menyampah dah tengok ni..

Tertanya-tanya?? hahahah!! dayah tengah marah sebab cari invoice yang amount dikehendaki tak jumpa-jumpa..Hangin okay!! dahlah hari ni punyalah malas tahap tak boleh dibendung lagi bila pagi tadi nak kena bangun seawal pagi untuk pergi ke office..Kalau ikutkan hasutan syaitan yang sentiasa berlegar-legar di mata ni, sentiasa bermain-main dengan emosi ni memang taklah dayah bangun dan terpacak depan office seawal pukul 8 pagi..

Dahlah esok cutikan, hari ni tak ramai yang berada sama dalam office ni, terasa kesunyiannya bila ramai kawan-kawan cina ku dah start cuti, ada tu dah sampai kampung pun..Jealous-jelaous, diorang dapat bangun lambat..

Semalam punya hujan, kira saki-baki tu masih ada lagi pagi ni..Since buat masa sekarang ni dayah masih lagi 'menumpang' dengan baba selagi satu lagi kereta tu tak siap makanya sorry pagi-pagi hujan macam ni I nak basah u olls sebabnya baba siap hantar depan pintu masuk office lagi, kalau boleh sampai masuk office dia nak hantar *ehh!! itu kalau mama, mak sayang anak terlebih katakan* hehehe!! :p..Untuk yang tak mengetahui, semalam KL atau macam kawan dayah cakap 1 Malaysia hujan daripada pagi sampailah malam, pagi ni pun still drizzling lagi..Memang semalam rakyat Malaysia banyak menghabiskan cuti hujung minggu mereka dengan melepak di dalam rumah je lah, termasuklah kami sekeluarga, nasib baik semalam tak ada apa-apa planning nak keluar..Hujan ni kan rahmat so jangan merungut ehh!! bila hujan, bersyukur je dengan rahmat Allah swt ni..:) *tiba-tiba kan*

Jadi bila semalam tak keluar rumah makanya dayah telah menghabiskan masa-masa berfaedah tu dengan blogwalking dan ber FB ian..Habis semua status dayah comment, chatting, comment gambar..Tengah dok sibuk membalas comment-comment rakan-rakan itu *banyak ke yang balas balik dayah oii!!??* salah seorang kawan yang dikenali zaman sekolah dulu telah offer untuk keluar bersama dan telah berniat ingin belanja dayah..hehehe!! suka, ada orang nak belanja..Tapi mula-mula dia nak belanja shushi memang haramlah I nak ikut serta okay!! so dia tukar planning ke Teppanyaki..Okay!! gaklah sebab dayah pun memang tak pernah try lagi.. :)

Ni nak cerita sikit, dulukan masa sekolah budak ni bukan kata nak cakap, pandang pun tak nak okay!! kat diri ini, almaklum dulu masa zaman sekolah agak comot sikit diri ini *sekarang ni nak cakap yang tak lah tu, ohh!! sungguh perasan* so bila masing-masing dah besar dah ada FB mulalah nak berkawan balik siap ajak keluar lagi..:) tapi ni bukan orang yang pertama ada lagi sebenarnya sebelum ohh!! terasa diri ini sungguh berharga..hahahaha!! okay!! tolonglah u olls jangan muntah, malu I..:)

p/s : hahahaha!! *gelak jahat* boss ku tak masuk-masuk lagi..so tak payah je terus masuk..lagi pun hujan ni, stay at home lagi best.. :D

p/s: terdengar perbualan seorang rakan dayah dan boss, ohh!! rupanya dia lambat sebab she met an accident..Laa!! kesian pulak, masuk ni dah 2 kali dia ditimpa malang tau..Bad luck bad luck, dulu kena rompak..ishh!! and one more kawan dayah baru je bercerita semalam di tahan oleh seorang yang psycho masa tengah drive dengan husband dia, siap nak bertumbuk ni tapi mujur dia kunci pintu so si psycho tu tak dapatlah nak menumbuk husband kawan dayah ni..Kesimpulan yang ingin disampaikan disini ialah, kalau bawa kereta malam or siang silalah kunci pintu kereta tu ok!! sekarang ni macam-macam boleh berlaku.. :)

1/30/2011

Sedetik lebih -Anuar Zain-

First time dengar lagu ni terus jatuh kerusi tau..Penangan lagu Anuar Zain ni memang super power okay!! Setiap kali dayah dengar lagu ni mesti :



  • kalau tengah buat kerja kat office berhenti dulu
  • kalau cakap dengan orang berhenti jugak bercakap, cakap dengan dia sambung lepas lagu ni habis eh!! cuma bila dengan bos je tak, tapi tak concentratelah apa yang dia tengah perkatakan..
  • kalau tengah drive confirm volume dikuatkan sampai kereta sebelah pandang *macam dia dengar kan??*
  • kalau tengah menaip berhenti jugak..
  • kalau dah sampai rumah, nak keluar kereta kena sampai habis lagu ni baru masuk..
  • kalau tengah basuh kain, stopkan machine tu dulu..
Pendek kata kalau dengar lagu ni memang mau semua yang dibuat di pause kan sementara waktu..Melodi yang sedap telinga mendengar, bait-bait lirik yang shahdu..ishh!! tunggu abang Anuar Zain nyanyikan live je kat dayah ni, bilalah agaknya kan..:D

Jom kita layan kejap lagu ni ..:


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

p/s : Lagunya pandai-pandailah korang cari sendiri, tak pun dengar je dekat Hot Fm.. :(

Sindrom hari ahad

Ini memang fakta bukan auta tau..Sindrom ni terjadi only on SUNDAY je..Sindromnya ialah gatal hidung lepas mandi..Serious kalau hari lain tak pulak tapi kalau ahad mesti dayah kena macam ni..Tadi sampai naik merah hidung ni digaru-garu *nasib baik tak tepi badan kalau tak korang dapat bayangkan macam siapa tak??* okay!! stop bayangkan tak sanggup diri ini untuk jadi seperti itu, korang ni jahatlah..hahahahaha!!


Tapi memang ini perkara serious okay!! dayah pun sampai sekarang ni tak tau kenapa terjadi macam ni, mungkikah kerana sel-sel resdung tu bertindak aktif ketika waktu itu?? entahlah tak pasti apa jawapannya..Biarkan je kita tinggalkan nya dengan teka teki..Nanti dah ada jawapan I bagi tau u olls okay!!..


Lunch tadi dayah makan NASI okay!! hancus dietku, ini gara-gara masak kicap yang mama masaklah..Dayah memang kalah kalau dengan masak kicap, entahlah kenapa sedap sangat kalau makanan berkicap ni..ishh!! hitam nanti baru tau kan..


kurus je ikan tu tapi dimakan oleh yang tak kurus..:)

p/s : baba sibuk calling anak dia suruh pergi dapur makan..nak diet memang jangan harap kalau duduk rumah ni eh!!









1/29/2011

22/01/2011 -annual dinner-

BACK TO BLACK

We are in blackkk!! adakah ini kerana kami semua gemuk sebab tu tema dia black so that bila pakai semua nampak kurus?? *tapi penulis je yang gemuk* hahah!!


Okay!! serious sekarang ni..Sabtu yang lepas telah berlangsungnya satu acara annual dinner by our company..Nama pun annual dinner so terhad kepada pekerja-pekerja sahaja, kepada yang dah kahwin malam tu kenalah jadi single but not available for the moment..Tema untuk our very first annual dinner ni *sila baca tajuk besar saya letak tu,-ini dasar pemalas nak menaip banyak kali-* hahaha!! 


Seminggu sebelum dinner dayah dan kawan-kawan telah melakukan rondaan besar besaran ke Time Square, mana taknya dari pagi Time Square tu buka sampailah petang *nasib tak sampai tutup, mau kena belasah dengan mama kan* :D..Kenapa pilih TS untuk cari bajukan?? ini semua gara-gara untuk dinner ni setiap seorang *buat budget sendiri* telah memperuntukkan RM100 and below je baju termasuk dengan kasut dan segala-gala yang berkaitan..Baru dapat tau banyak jugak choice dekat TS ni ehh!! tapi masalah sikitlah almaklum penulis tak berapa kurus ala-ala Lisa Surihani makanya agak jenuh masuk keluar kedai untuk cari baju yang MUAT okay!!


Mengikut jadual yang telah di emailkan seminggu awal pukul 7 registration so kami telah buat perjanjian untuk jumpa dalam pukul 6:00 atau 6:30..Kenapa awal ehh!! sebabnya sila lihat ini 






make-up tau, diorang ni kira last minit make-up tu yang kena datang awal..Penulis ni memang orang yang paling teruk tak reti make-up so dia datang siap-siap dah pakai eyeliner panjang ekornya..hehe!! so dia tak payah bersusah payah begini untuk make-up sekadar top-up je lipstik silkygirl yang setahun guna tak habis-habis lagi..*guna pun jenama make-up murah*

Selesai acara make-up yang mengambil masa tak berapa sangat pun lamanya kami pun..

bergambar kenangan bersama di dalam tandas Hotel Sunway Resort & Spa..

Memandangkan dayah belum register lagi so dayah pergi register sebelum ni tak pergi sebab malu weh!! lekaki yang diminati sibuk pegang camera kehulur kehilir, nanti mesti nak snap gambar kita *okay!! jangan baca ni nota perasan saya*..Lepas register kami diberi ini 

Welcome drink dan nampak tak paper kat sebelah tu, haa!! bernilai tau paper tu..Paper tu is something like brain teaser, ishh!! soalan dia punyalah susah, jawapan senang je *dasar malas nak memerah otak, iyalah kepala sibuk fikir nak nampak cantik je* haha!! Jadi semua yang dapat buat bodoh je dengan paper tu sebab semua sibuk nak bergambar, jadinya salah seorang kawan dayah telah menguji minda dia dengan menjawab soalan ni via menelefon adiknya, agak berbaloi jugak dia habiskan kredit sebabnya menang u olls, dapat shopping voucher tau..*hermm!! jealous, tau aku tiru jawapan dia masa dia sibuk menayangkan jawapannya*

Sementara menunggu pintu ballroom dibuka untuk kitaorang serbu masuk, sesi bergambar secara besar besaran dijalankan..Sebelum tu maaflah banyak gambar agak kabur, biasalah camera sony compact powder je dayah guna so setting tak betul *actually tak tau nak setting macam mana untuk waktu malam*..Dah puas mengedit bagi clear muka cun sangat kami ni..hahaha!!

bergambar secara beramai-ramai di tempat yang tak ramai orang..Gambar sebelah kanan ni bukan sebab camera tapi di edit sebab kakak ni memang tak suka gambar dia ditayangkan so atas permintaan..:)

baju murah dari TS, kasut murah jugak dari TS..ni nak habak mai, first time pakai kasut setinggi itu, wow!! sakit okay kaki diri lama, almaklumlah gemukkan..hahaha!!

finance girl bila jumpa camera inilah jadinya..

secara beramai-ramai..yang tak kenal pun masuk dalam gambar ni..:)

bersama CEO..cuba teka yang mana satu??

registration

dah mula ramai yang datang..

emcee of the night..

Kata-kata pembuka dari CEO..so dapat teka tak soalan diatas tadi??:)

ucapan daripada GM jugak..

Selepas ucapan daripada orang-orang kuat company ni so acara pembuka pun dimulakan dengan persembahan yang sangat wow!! daripada salah seorang staff..Harap maaf gambar dia tak ada satu pun yang sempurna *kan dah bagi tau tadi camera nak setting for night dayah tak reti sangat* so tak payahlah lah ehh!! letak, nanti pening korang nak menengoknya, korang bayangkan macam ni je..Seorang lelaki yang di transform sebagai seorang perempuan dengan dress yang terbelah sampai paras peha *amboi kusyuk membaca nampak* lepas tu di make-up, dan menari lagu One night only..Best giler okay!! performance dia, liuk lentok badan dia perghh!!

Selesai ucapan, persembahan pembukaan and lucky draw *kesian dayah tak lucky on that night*   :(..Kami pun dijemput makan..Makan secara buffet, choices banyak and foodnya semua sedap-sedap belaka..



inilah yang makanan yang di ambil oleh kami..yang atas sekali tu dayah punya pinggan..

untuk menampakkan kami bertiga ini tidak kuat makan makanya 2 pinggan ni untuk 3 orang makan..:)

mushroom soup..

orang yang addicted dengan kopi haruslah request satu cawan..

disebabkan leka makan sambil tengok performance, makanya bila keluar nak cari dessert ini je yang tinggal..Siapa ni yang ambik lebih-lebih, kasihanlah sikit pada kami ni wehh!!

habis makan, burppp!! opss!! excuse me..

Peformance and lucky draw diteruskan lagi..Salah satu performance yang membuatkan dayah terpukau terpana dan terus tak bangun-bangun dari tempat duduk adalah yang ini.......

sekadar menyanyi dengan gitar tapi suara superbb okay!!..Punyalah sedap, hasky gitu suaranya..Ada ke patut ada seorang ni request suruh dia nyanyi lagu lady gaga..

Sambil-sambil makan tu kami dihiburkan lagi dengan game..Game ni dihostkan oleh staff jugak, permainan ni dinamakan as 'spell with your ass' okay!! agak melampau nama game ni..ishh!! 


para persertanya..

Game dah, performance dah so its time for dancing queen..hehe!! masa ni dayah dan friends mencari beberapa mangsa untuk dijadikan korban camera kami..hahaha!! ohh!! yeah sebelum tu kami pun menari sakan jugak okay!! release tension katanya..

bersama orang HR..Zorro in the house, pemenang best dress for men okay!! tak sia-sia dia beli baju tu kan..tau I pakai catwomen, ohh!! apalah rupanya,ishh!! tolong jangan bayangkan







bekas fly fm crew..patutlah familiar je muka dia bila pertama kali terpandang..haha!!

alangkah tingginya si handsome ni, asalkan ambik dengan orang yang handsome mesti muka dayah tak lawa..hahaha!! *perasan macam sebelum ni lawakan* uwekk!! sila muntah bersama-sama..

Dijadualkan pukul 12 tengah malam acara tamat tapi 11:30 dah pun secara rasmi tamat tapi adalah saki baki lagi yang sibuk menari-nari *ingat ini club ke apa* so time ni ramai kawan-kawan dayah yang dah angkat kaki mau balik so termasuklah dayah sekali..

Random pictures :



khas ditujukan kepada rakanku yang bernama CHA..

angkat kaki mau pulang..

sementara tunggu mama and baba datang fetch..Menikmati lobby hotel yang cantik di decorate sempena CNY ni..*spoil bila ada benda kuning tu*

Itulah serba sedikit cerita *sikit ke, rasa macam panjang berjela entri ni* semasa Annual Dinner yang lepas..Had a great time with a great people.. :)

p/s : tengah melayan cerita Diwale Dulhani Le Jayenge..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...