10/19/2010

Cerita Lama...

Wee!! hye!! hello!! salam, kawan-kawan kesayangan dayah semua. Rasanya dah hampir a week dayah tak menulis and update blog ni kan..Harap Maaf semua eh!! ishh!! patut kena marah macam ni kan sampai seminggu tak update2 blog ni, bukannya pergi mana-mana pun kan..Dayah bukan tak nak update tapi masa nak menulis tu macam limited je, tau jelah kan nanti kalau dayah dah start habis punya panjang berjela-jela sampai muak korang nak membaca tu belum tambah dengan muak tengok gambar lagi..Tengok intro ni je dah panjang, ini kalau buat karangan dekat sekolah boleh dapat markah tinggi ni bahagian pendahuluan..Satu lagi sebabnya, latetly ni laptop dayah slow, ni mungkin sebab memory laptop ni dah full dengan gambar manusia-manusia cantikkan..:) So i'm planning dapat gaji ni nak beli satu pendrive khas untuk gambar sahaja..And jap!! ada satu lagi sebab, dayah beberapa hari ni mengadap laptop sibuk mengedit gambar-gambar cantik KAMI di Singapura..Itu next entry eh!!

Baiklah untuk this time punya post dayah akan buat 3 cerita sekaligus eh!! Sebabnya dayah rasa cerita ni dah pending terlalu lama sampaikan syawal pun dah habis..Promise!! dayah akan buat short and letak gambar supaya gambar tu bercerita banyak eh..

cerita pertama (membuat kuih raya):

kuih pertama dibuat...

warisan, turun temurun ni..Tengok warna pun dah turun

termasuk bahan-bahan bukan kuih raya jugak..


tangan tuan punya blog ni tau..nak jugak bagi tau tu

sedia untuk dihidangkan kepada para tetamu..

adunan yang sama cuma jenis je yang lain..

dimasak bersama gula..

jem tadi diletakkan diatas ini..




sekali lagi tangan tuan empunya blog ni..






perkenalkan dari kiri atas: kuih makmur, jem tart, chocolate chip, bebola badam, sarang semut & biskut buah campuran bersalut chocolate...

p/s : sorry ada kuih yang dayah tak sempat nak snap masa tengah buat..:)

Inilah antara kuih-kuih raya yang dayah sempat buat..Chocolate chip tu adalah kuih wajib rumah dayah tiap-tiap tahun dan second kuih wajib adalah sarang semut (baru nak menjadi kuih wajib ni)..Percayalah recipe2 ni semua dayah cari di internet dan ada yang menjadi macam chocolate chip ni tapi ada jugak yang kena tipu, dah bancuh semua bahan-bahan sekali bila masak keraslah, pahitlah, lembiklah..Semasa dalam proses R&D dijalankan rasanya mama banyak mengalami kerugian dari segi bahan mentah, iyalah asyik buat tak jadi je..Masa tu tak pandai lagi nak beli bahan-bahan kuih ni so beli semua yang berjenama tapi sekarang tidak lagi..hehehe!! Tapi demi anak dia yang nak belajar sangat ni dia sanggup je belikan..:)
Tahun ni memang 6 jenis je termampu dibuat kalau sebelum ni sampai berbelas-belas sampaikan balang kuih kat rumah tak cukup-cukup..Tahun ni buat sikit je sebab masa tak mengizinkan sangat, kalau sebelum ni dayah belajar masa tu memang banyak so bolehlah penuhkan semua balang-balang kuih dekat rumah ni tapi tahun ni dayah kerjakan..Itupun dayah dah ambik 2 3 hari awal sebab nak siapkan kuih-kuih ni and tahun ni ada dapat sikit tempahan, alhamdulillah..

cerita kedua (di jalan TAR):

Sedikit cerita kami membuat persiapan raya dan membeli belah sikit di Jalan TAR..Inikan tempat wajib untuk orang KL shopping raya, rasanya bukan orang KL je orang Selangor pun ada kesempatan cuti terus turun KL shopping disini atau lebih senang satu orang Malaysialah serbu tempat ni kalau menjelang raya..Sebabkan waktu nilah macam-macam barang yang susah dapat kalau tak raya ada jual dan harga boleh tawar menawar ni..Selalunya kami kesini nak cari baju kurung untuk hari aya and adalah barang-barang lain yang dibeli macam bunga plastik..Tahun ni dayah dapat cari 2 pasang baju kurung jenis cotton dengan harga RM130, satu untuk dayah satu lagi untuk fizah..Murah je kan??
Rasanya kami kesini malam tu hanya nak beli baju kurung je dan selebih masan tu kami jalan-jalan tengok gelagat orang bershopping..Meriah walau dah tengah malam..



kuih ni dibeli untuk makan2 kami sahaja eh!! bukan untuk tetamu..:)



tudung dan baju yang macam-macam jenis ada dijual..

Maaflah gambar tak lah banyak sangat, ini je yang sempat di ambil..salahkan bateri sebab waktu ni lah dia nak habis..

cerita ketiga ( Hari Raya):

Akhirnya, setelah penat membuat persiapan itu dan ini dan menjalani ibadah puasa selama sebulan Hari Raya pun tiba..yeye!! dah besar-besar pun ni pun kalau raya mesti teruja, kadang-kadang rasanya kanak-kanak pun kalah..hehe!! lagi teruja bila dengar lagu raya dekat radio ditambah dengan takbir raya lagi..ohh!! syahduhnya..

Kalau first raya memang rumah dayah akan ramai tetamu datang tapi semuanya sedara dan first raya jugaklah baba dan mama akan masak lauk pauk dan nasi..Kami lagi prefer jamu tetamu dengan makan nasi berbanding yang lain sebab suka tengok diorang makan.. :)


dimasak oleh mama saya...

dimasak oleh baba saya...

idea by baba saya tapi hasil kerja tangan dayah sendiri..

belum masak sepenuhnya lagi..disediakan oleh baba saya

dimasak oleh baba saya...

dibeli..

Tahun ni tak ada kaki kambinglah, tu yang rasa bila makan macam kurang je kesempurnaannya..hahahah!! Maaflah tahun ni memang gambar kami sekeluarga berpakaian baju raya di pagi raya tak sempat nak ambil..Ini semua gara-gara pagi raya tu jugak rumah baru settle berkemas dan bila kami sekeluarga dah cadang nak balik kampung  di Kampung Pandan pagi tu jugak tiba-tiba dapat called dari my cousin cakap diorang dah on the way nak datang rumah..Lepas dah melayan semua tetamu pagi tu, tengah hari baba solat jumaat dan sempat kami rehat seketika petang terus ambik peluang yang ada tu pergi Kampung Pandan melawat datuk dayah yang duduk dengan my aunt..Itu pun kejap je dapat beraya dekat sana sebabnya dapat called lagi yang satu lagi cousin dayah dari Ampang dah ada depan rumah..Sampai ke tengah malam barulah tak ada tetamu yang datang..Meriah sungguh satu syawal ni..

Raya kedua dayah terima tetamu dari Singapura pulak lepas tu kami ni pulak beraya ke rumah my mom's aunty..

Itulah serba sedikit raya dayah dan family tahun ni..Tetap meriah seperti tahun-tahun yang lepas.. :)

Okay!! akhirnya habis jugak kita entry raya ni..Fuh!! lepas syawal beberapa hari baru dapat habiskan..Dasyat sungguh kau ni dayah..Harap maaf ye semua, lain kali janji tak buat lagi.. *cross fingger*...Oh!! lupa nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan dayah yang sudi datang for my open house hari tu..:) lots of love untuk u all..

next entry will be my trip to Singapore and my cousin's wedding..Can't wait to show You guys how beautiful the event and how happening it was..Just wait!! i promise this one won't take too long to finish it up.. *big smile*



Lots of Love from me to all my darlings..







10/08/2010

Singapore

   WE are coming down to SINGAPORE this weekend..

-akan menghadiri majlis persandingan sepupu dayah
-bergambar beramai-ramai
-makan-makan
-berjalan-jalan di sana
-shopping jangan dilupakan..

doakan kami selamat pergi dan kembali...

bye semua......;-)

10/06/2010

Menjelang Hari Raya Part 2

Jawab dulu soalan ni sebelum korang semua baca apa yang bakal ditulis di bawah nanti..Jujur okay jawab, tak mao tipu-tipu, no no..

YOU ALL SEMUA MASIH NAK BACA LAGI TAK ENTRI RAYA?? JAWAB CEPAT,
okay!! dayah dapat respon banyak jugak ni, ramai yang kata NAK NAK sambil angkat-angkat tangan ni *padahal tak ada pun, tak akan masa tulis dah ada orang respon kan, tipu je dayah ni*

Alaa!! kalau ada yang jawab tak nak jugak, dayah tetap berdegil nak update gak entri raya..Kalau macam tu dayah sambung eh!! Baca je lah, lagi pun kita masih dalam mood raya lagi kan, ehh!! silap mood open houselah sekarang ni, tahun ni ramai betul yang buat open house kan atau dayah je yang baru perasan ada banyak open house tahun sebelum-sebelum ni cuma tak ada yang jemput dayah je, baru tahun ni dayah dapat banyak jemputan??..ekk!!

Okay sebelum melalut panjang lebar lagi baik sambung je terus..Untuk part 2 ni dayah nak cerita tentang kami bershopping sebelum hari raya..Tempat yang paling wajib dilawati kalau raya ni of courselah jalan tar kan..Tapi kali ni dayah cerita dulu masa dayah shopping di ikea dulu okay!! *nak ikea je dulu kan* :-D

berbuka puasa dulu, inilah antara yang diorder oleh kami sekeluarga, ada tambahan lagi tu bukan sekadar ini aja..


close up sikit eh apa yang kami order untuk berbuka..Biasalah mana boleh tinggal ni kalau makan kat sini..Sampai addicted, tu cerita dulu lah sekarang tak sangat..:)


betul kot nama menu ni, dayah lupalah..ini diorder oleh fizah, konon2 nak nampak macam healthy lah dia makan..hehe!! padahal selepas ini ada lagi pinggan yang singgah depan dia..


menu wajib jugak untuk dessert..

this dessert is actually for me, yeah!! three of them just for me, only me.;)


perasan tak tadi gambar first mana ada chicken wing ni kan?? itulah tambahannya..hehe!!
masa mula-mula order chicke wing ni habis, so ni yang baru punya dia masak..


para pemakan no.1..


para pemakan no.2..haa?? me fall no.2 mana ada, sikit jelah saya makan..


para pemakan no.3..


para pemakan no.4..ini paling less makan itulah pasal jatuh ketangga yang terakhir..


waktu-waktu makanan dijamah oleh kami berempat..dari 10 pcs, tinggal 3 je..


tengok tangan siapa yang rasmikan dulu kek ni??


Licin dah semua, ayam tulang pun tak tinggal..ehh!! mana ada disebabkan tak naklah nampak banyak sangat makan makanya pinggan ayam tu kita ketepikan untuk tak masuk sekali dalam gambar ni..:)


burpp!! alhamdulillah..:)

Dah selesai acara berbuka puasa, kami pun teruskan aktiviti bershopping..Sibuk memilih barang so tak kesempatan nak bergambar, sesak dengan orang-orang lagi..Siap boleh dapat kawan tau masa tengah-tengah shopping ni..:)

Paling sempat ambik ni je, itu pun kabur..harap maaflah ye..:



Satu lagi yang sempat snap :


Selesai dah bershopping, tengok tak banyak pun beli, troli pun tak penuh..


heading back sebab dah keletihan pusing satu ikea..




nak jugak tunjuk..takpalah tengok je okay!!




menuju pulang ke rumah..

Sampai je kawasan rumah, adik dayah ajak lepak kejap dekat bugis street kopitiam..Dia sibuk nak minum so dayah yang drive apa lagikan..hehe!!




sila pilih yang mana satu pilihan anda??



Gambar makanan:

dayah and mama punya..

baba punya..


untuk sorang satu..


Fizah's favourite..Setiap kali datang sini, ini jelah minuman yang dia akan order..










macam tak pernah nampak popia goreng..:)

Lepas ni dayah add gambar masa dekat jalan tar pulak eh, dengan masa dayah sibuk-sibuk buat kuih raya..

p/s: tengah menghitung hari ni..


 

9/28/2010

WEIRD atau PELIK

Tak tau nak luahkan dekat siapa so dayah ambik keputusan nak tulis je lah dekat blog ni..Ni bukan soal hati atau sedang menonton filem soal hati..hehe!!

okay2!! dayah ni selalu tak serious tau..Entri ni serious okay..baik sambung balik

W.E.I.R.D.. tau tak dalam bahasa melayu nya apa?? of course semua orang tau, kalau tak sila semak kamus oxford edisi ehh!! oxfordnya kamus tu ada edisi2 ke?? haaaa!! apa-apa kamus yang ada perkataan WEIRD pun bolehlah, asalkan dapat maksudnya ok..:)

Ni kisah seorang kenalan dayah..Dayah pun tak faham perangai dia ni macam mana
Tiba-tiba nak marah2 tak tentu pasal (nak kata period, tak mungkin kot) i mean bukanlah dia pukul-pukul orang cuma cara dia sekarang ni lain..Adakah sebab cemburu..eh!! tak kan sebab dia bukan lesbian..hahahahah!!

Kadang-kadang nak je rasanya berdepan dengan dia and tanya kenapa dengan kau ni haa?? macam pyscho pun ada tiba-tiba nak marah-marah..Tapi dayah ni orangnya lemah lembut..ahakkkss!! perasan gitu..:) Iyalah kalau korang berdepan dengan situasi macam ni pun korang mesti rasa nak je berdepan dengan kawan dayah ni kan, nak tanya dia KENAPA KAU NAK MARAH2 DIA SEDANGKAN DIA TAK BUAT SALAH APA2 PUN KAT KAU..ishh!! manusia ni macam-macam perangaikan..Makin dayah besar dan mempunyai ramai kawan makin tulah macam-macam jenis manusia dayah jumpa..

Okay!! korang mesti tertanya2 dia marah kat dayah ke?? tak dia marah dekat kawan dayah yang lagi sorang ni..Padahal orang tu tak buat apa-apa pun..Tulah yang dayah pelik sampai sekarang ni..Sebenarnya benda ni dah jadi almost 1 month back..Tak ada jawapan untuk persoalan ni..And its so weird..

Dayah nak kata dia ni jahat, no dia ni okay je and kawan dayah yang sorang lagi tu pun okay je..Adoii!! pening betul..Dah macam kanak-kanak riang ria raya nestle cornflakes dayah rasa..Dah besar-besar tak payahlah nak gaduh-gaduh, bermasam muka tak tentu pasal..Baik kita bersatu padu ambik gambar kan..hahahahaha!! tak ada kena mengena langsung

p/s: still waiting..lalalala!! hati berbunga2 nak mendapatkan 'dia'.. :)

9/27/2010

Anjaana Anjaani



Starring : Ranbir Kapoor & Priyanka Chopra

Can't wait to watch this movie..

This song was great..:)

9/26/2010

Menjelang Hari Raya Part 1

Iya2!! tau raya dah masuk 2 minggu tapi entri untuk raya tak habis-habis lagi..*hanya mampu tersengih je..eeee!!*

Tapi kira okay what, entri kali ni dah masuk ke menjelang nya hari raya, so tak lama lagi tu habislah part ni..:)

Kali ni dayah nak tunjukkan betapa rajinnya dayah di bulan puasa lepas..Tak percaya?? tak pe scroll je ke bawah nanti korang baru tau nak percaya ke tak nak..Sekali lagi aksi-aksi yang bakal ditunjukkan adalah dilakukan pada waktu pagi di bulan puasa okay??!!

Jom tinjau gambar:

acara pertama ialah basuh carpet..mama basahkan dulu permukaan carpet..


sambil carpet dibasahkan posing kaki dulu ye..


letak sabun and ayuh!! kita gosokkan nya kasi bersih..sopan je dia


tak payahlah rasanya nak tunjukkan macam mana carpet tu di basuhkan dan dijemurkan ye..nanti lagi berjela2 panjangnya entri ni..Korang faham-faham sendiri macam mana proses seterusnya okay??!! ni acara membasuh grill pulak..Tetap maintain senyum tu..:)


dah selesai basuh grill, nampak kilat tau hasil kerja saya..:) acara ni tak ada kena mengena dengan acara2 seperti diatas tadi..Ni saja nak ambik macam konon2 dalam cermin yang ada air terjun..Lawa tak??


Jap nak selongkar folder cari lagi gambar yang boleh di letakkan disini..

Japlah, bagi 5 minit okay??


--
--
--
--
--
*senyum dulu sebelum nak bagi tau ni..* saya sambung next entri untuk menjelangnya raya boleh?? Sebab saya nak tidur dulu..

p/s: best friend forever my new tagline..:)

kehilangan suara akibat sakit tekak..:'(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...