10/06/2010

Menjelang Hari Raya Part 2

Jawab dulu soalan ni sebelum korang semua baca apa yang bakal ditulis di bawah nanti..Jujur okay jawab, tak mao tipu-tipu, no no..

YOU ALL SEMUA MASIH NAK BACA LAGI TAK ENTRI RAYA?? JAWAB CEPAT,
okay!! dayah dapat respon banyak jugak ni, ramai yang kata NAK NAK sambil angkat-angkat tangan ni *padahal tak ada pun, tak akan masa tulis dah ada orang respon kan, tipu je dayah ni*

Alaa!! kalau ada yang jawab tak nak jugak, dayah tetap berdegil nak update gak entri raya..Kalau macam tu dayah sambung eh!! Baca je lah, lagi pun kita masih dalam mood raya lagi kan, ehh!! silap mood open houselah sekarang ni, tahun ni ramai betul yang buat open house kan atau dayah je yang baru perasan ada banyak open house tahun sebelum-sebelum ni cuma tak ada yang jemput dayah je, baru tahun ni dayah dapat banyak jemputan??..ekk!!

Okay sebelum melalut panjang lebar lagi baik sambung je terus..Untuk part 2 ni dayah nak cerita tentang kami bershopping sebelum hari raya..Tempat yang paling wajib dilawati kalau raya ni of courselah jalan tar kan..Tapi kali ni dayah cerita dulu masa dayah shopping di ikea dulu okay!! *nak ikea je dulu kan* :-D

berbuka puasa dulu, inilah antara yang diorder oleh kami sekeluarga, ada tambahan lagi tu bukan sekadar ini aja..


close up sikit eh apa yang kami order untuk berbuka..Biasalah mana boleh tinggal ni kalau makan kat sini..Sampai addicted, tu cerita dulu lah sekarang tak sangat..:)


betul kot nama menu ni, dayah lupalah..ini diorder oleh fizah, konon2 nak nampak macam healthy lah dia makan..hehe!! padahal selepas ini ada lagi pinggan yang singgah depan dia..


menu wajib jugak untuk dessert..

this dessert is actually for me, yeah!! three of them just for me, only me.;)


perasan tak tadi gambar first mana ada chicken wing ni kan?? itulah tambahannya..hehe!!
masa mula-mula order chicke wing ni habis, so ni yang baru punya dia masak..


para pemakan no.1..


para pemakan no.2..haa?? me fall no.2 mana ada, sikit jelah saya makan..


para pemakan no.3..


para pemakan no.4..ini paling less makan itulah pasal jatuh ketangga yang terakhir..


waktu-waktu makanan dijamah oleh kami berempat..dari 10 pcs, tinggal 3 je..


tengok tangan siapa yang rasmikan dulu kek ni??


Licin dah semua, ayam tulang pun tak tinggal..ehh!! mana ada disebabkan tak naklah nampak banyak sangat makan makanya pinggan ayam tu kita ketepikan untuk tak masuk sekali dalam gambar ni..:)


burpp!! alhamdulillah..:)

Dah selesai acara berbuka puasa, kami pun teruskan aktiviti bershopping..Sibuk memilih barang so tak kesempatan nak bergambar, sesak dengan orang-orang lagi..Siap boleh dapat kawan tau masa tengah-tengah shopping ni..:)

Paling sempat ambik ni je, itu pun kabur..harap maaflah ye..:



Satu lagi yang sempat snap :


Selesai dah bershopping, tengok tak banyak pun beli, troli pun tak penuh..


heading back sebab dah keletihan pusing satu ikea..




nak jugak tunjuk..takpalah tengok je okay!!




menuju pulang ke rumah..

Sampai je kawasan rumah, adik dayah ajak lepak kejap dekat bugis street kopitiam..Dia sibuk nak minum so dayah yang drive apa lagikan..hehe!!




sila pilih yang mana satu pilihan anda??



Gambar makanan:

dayah and mama punya..

baba punya..


untuk sorang satu..


Fizah's favourite..Setiap kali datang sini, ini jelah minuman yang dia akan order..










macam tak pernah nampak popia goreng..:)

Lepas ni dayah add gambar masa dekat jalan tar pulak eh, dengan masa dayah sibuk-sibuk buat kuih raya..

p/s: tengah menghitung hari ni..


 

9/28/2010

WEIRD atau PELIK

Tak tau nak luahkan dekat siapa so dayah ambik keputusan nak tulis je lah dekat blog ni..Ni bukan soal hati atau sedang menonton filem soal hati..hehe!!

okay2!! dayah ni selalu tak serious tau..Entri ni serious okay..baik sambung balik

W.E.I.R.D.. tau tak dalam bahasa melayu nya apa?? of course semua orang tau, kalau tak sila semak kamus oxford edisi ehh!! oxfordnya kamus tu ada edisi2 ke?? haaaa!! apa-apa kamus yang ada perkataan WEIRD pun bolehlah, asalkan dapat maksudnya ok..:)

Ni kisah seorang kenalan dayah..Dayah pun tak faham perangai dia ni macam mana
Tiba-tiba nak marah2 tak tentu pasal (nak kata period, tak mungkin kot) i mean bukanlah dia pukul-pukul orang cuma cara dia sekarang ni lain..Adakah sebab cemburu..eh!! tak kan sebab dia bukan lesbian..hahahahah!!

Kadang-kadang nak je rasanya berdepan dengan dia and tanya kenapa dengan kau ni haa?? macam pyscho pun ada tiba-tiba nak marah-marah..Tapi dayah ni orangnya lemah lembut..ahakkkss!! perasan gitu..:) Iyalah kalau korang berdepan dengan situasi macam ni pun korang mesti rasa nak je berdepan dengan kawan dayah ni kan, nak tanya dia KENAPA KAU NAK MARAH2 DIA SEDANGKAN DIA TAK BUAT SALAH APA2 PUN KAT KAU..ishh!! manusia ni macam-macam perangaikan..Makin dayah besar dan mempunyai ramai kawan makin tulah macam-macam jenis manusia dayah jumpa..

Okay!! korang mesti tertanya2 dia marah kat dayah ke?? tak dia marah dekat kawan dayah yang lagi sorang ni..Padahal orang tu tak buat apa-apa pun..Tulah yang dayah pelik sampai sekarang ni..Sebenarnya benda ni dah jadi almost 1 month back..Tak ada jawapan untuk persoalan ni..And its so weird..

Dayah nak kata dia ni jahat, no dia ni okay je and kawan dayah yang sorang lagi tu pun okay je..Adoii!! pening betul..Dah macam kanak-kanak riang ria raya nestle cornflakes dayah rasa..Dah besar-besar tak payahlah nak gaduh-gaduh, bermasam muka tak tentu pasal..Baik kita bersatu padu ambik gambar kan..hahahahaha!! tak ada kena mengena langsung

p/s: still waiting..lalalala!! hati berbunga2 nak mendapatkan 'dia'.. :)

9/27/2010

Anjaana Anjaani



Starring : Ranbir Kapoor & Priyanka Chopra

Can't wait to watch this movie..

This song was great..:)

9/26/2010

Menjelang Hari Raya Part 1

Iya2!! tau raya dah masuk 2 minggu tapi entri untuk raya tak habis-habis lagi..*hanya mampu tersengih je..eeee!!*

Tapi kira okay what, entri kali ni dah masuk ke menjelang nya hari raya, so tak lama lagi tu habislah part ni..:)

Kali ni dayah nak tunjukkan betapa rajinnya dayah di bulan puasa lepas..Tak percaya?? tak pe scroll je ke bawah nanti korang baru tau nak percaya ke tak nak..Sekali lagi aksi-aksi yang bakal ditunjukkan adalah dilakukan pada waktu pagi di bulan puasa okay??!!

Jom tinjau gambar:

acara pertama ialah basuh carpet..mama basahkan dulu permukaan carpet..


sambil carpet dibasahkan posing kaki dulu ye..


letak sabun and ayuh!! kita gosokkan nya kasi bersih..sopan je dia


tak payahlah rasanya nak tunjukkan macam mana carpet tu di basuhkan dan dijemurkan ye..nanti lagi berjela2 panjangnya entri ni..Korang faham-faham sendiri macam mana proses seterusnya okay??!! ni acara membasuh grill pulak..Tetap maintain senyum tu..:)


dah selesai basuh grill, nampak kilat tau hasil kerja saya..:) acara ni tak ada kena mengena dengan acara2 seperti diatas tadi..Ni saja nak ambik macam konon2 dalam cermin yang ada air terjun..Lawa tak??


Jap nak selongkar folder cari lagi gambar yang boleh di letakkan disini..

Japlah, bagi 5 minit okay??


--
--
--
--
--
*senyum dulu sebelum nak bagi tau ni..* saya sambung next entri untuk menjelangnya raya boleh?? Sebab saya nak tidur dulu..

p/s: best friend forever my new tagline..:)

kehilangan suara akibat sakit tekak..:'(

9/22/2010

Iron girl's birthday (21 September 2010)

Tengok tajuk seperti diatas mesti korang terkejutkan (kalau tak jugak buat-buat macam konon-konon ada orang sergah korang dari belakang lalu terkeluar perkataan macam ni, OPOCOT MAK KAU LAWA *harus diletakkan capital letters sebab masa melatah mesti suara tinggikan*

Anda semua bukan berada di salah blog mahupun di salah channel atau adik, kakak, anak, emak, ayah, abang, atuk, nenek, sepupu okay!! cukup, tertekan butang remote control astro lalu ter'pergi ke channel Star Movies and terbuka pulak cerita iron man..
BUKAN, TAK ADA KENA MENGENA PUN..

Dari terus mengelirukan para pembaca semua baik dayah terus terang je disini..eh!! dia macam nak bagi tau sesuatu je tu..Macam nak tulis yang hati ini sudah dimiliki..eh!! silap-silap, mana ada, tipu belaka..

Tengok photo ni dulu sebelum anda bertambah keliru, *berkumandang lagu ajai dan nurul -KELIRU-


Dapat tak apa yang dayah cuba sampaikan disini??

Cepatlah dapat tak??

Apa??.... tak?? apalah korang ni

Okay!! di pagi yang sibuk dayah pun memecut kereta kancil ku yang cute tu pergi  ke kerja, tiba-tiba terasa macam minyak kereta perlu di isi, singgah jap dekat Shell MRR2, sebelum nak pergi counter dayah merayau-rayau dalam kedai tu kejap, cari apa yang best untuk dibuat breakfast kat office nanti..Hati terpaut pulak dekat jacobs (seperti gambar diatas) bila pertama kali terpandang 'dia', lalu dicapainya dan lantas ke counter untuk bayar..

Sampai je di office dayah dengan tidak sabarnya telah membuka satu packet biskut ni, dicubanya buat pertama kali flavour ni, sekali gigit ohh!! ranggupnya, dua kali gigit ah!! sedaplah biskut ni..

Diam tak diam, sebelum break dayah dah habiskan 3 packets..hehe!! (sedap sangat tak tipu sebab biskut ni ada sayur)..Balik office, dalam kesesakan jalan raya sepacket lagi habis..

So kesimpulannya disini ialah hari ni badan dayah banyak iron sebab makan biskut jacobs nilah..tu je sebenarnya, nak cerita yang dayah baru cuba flavour ni..:)

Okay yang birthday tu pulak sebab yeah!! SEMALAM (21 SEPT 2010) merupakan hari jadi ku yang ke- ke- 22 tahunlah, muda lagi wak!! awal 20an lagi..:)

kepada pembaca semua take note eh!! tarikh hari jadi dayah so next year boleh kirimkan hadiah..ehehehe!!



gambar ihsan dari birthday fizah yang lepas..

Happy Birthday to me, Happy Birthday to me, Happy Birthday to me..To meeeee!!
macam hari jadi meeee je..

Thanks kepada Saudara mara, rakan taulan semua lah yang dah send message, tulis kat wall fb, called and send dalam inbox..I'm waiting for my birthday present je ni..Ada sesiapa nak bagi?? tak ada?? tak pelah dayah tunggu dari orang lain..hermm!! (eceh-eceh)

p/s:  binggunglah sampai sekarang, everyday i think about it but still couldn't find the answer..apa2 jelah asalkan esok kena pergi kerja..:)







9/20/2010

Buka Puasa Part 3 - Bersama-sama kawan iCIMB

Raya dah masuk seminggu entry untuk bulan puasa masih lagi tak habis-habis..Apa nak jadi dengan penulis ni kan..Okay jangan banyak bicara jom kita sambung balik cerita-cerita yang pending ni..

Lagi seminggu nak raya kami semua berkumpul beramai-ramai untuk berbuka puasa sama-sama..Majlis ni di arrange oleh salah seorang kawan dayah, dialah yang cari tempat semua..At last dia dapat buffet buka puasa yang murah, alaa!! seorang RM20 je, okaylah kan, kalau nak makan buffet ramdahan kat hotel boleh jugak tapi satu je persoalannya, sanggup nak bayar sampai RM90 hanya untuk berbuka puasa,memanglah setahun sekalikan tapi bagi dayah sangat membazir sebab kalau ikut dayahlah, dayah tak boleh sangat nak makan banyak kalau waktu berbuka ni, kadang-kadang makan kuih je pun dah boleh kenyang..:)

Tempat yang dipilih dekat je dengan rumah dayah so balik je office terus pick up fizah, sampai dekat sana dalam beberapa minit je sebab jalan masa tu tak jem..Sampai-sampai je dayah and fizah explore shopping mall tu dulu..Lupa nak bagi tau dekat mana kami berbuka, ni nama kedai dia:

this is it, Strudles, Great Eastern Mall..Dekat jalan ampang tu..

Hampir waktu berbuka baru dayah and fizah munculkan diri..Ramai jugak yang hadirkan diri petang tu..Seronok dapat jumpa kawan-kawan lama (padahal taklah lama sangat pun)..:)

Sementara tunggu waktu nak berbuka sempatlah borak-borak sikit, ambik-ambik gambar..Dayah pun ada gak bawa camera tapi since dayah guna digital je kan so terasa hina disamping salah seorang kawan dayah yang bawa dslr..Makanya dayah hanya snap gambar dayah and fizah je..So kalau u all tengok ada pic yang bakal di attach sekali ni semuanya gambar curi ye..hehe!! Sorry!! Adalah 2 3 keping yang guna my own camera..

Jom tengok gambar menu :

start with menu yang ada time tu okay..ini adalah opss!! dayah tak tau apa nama hidangan ni, and almost semua dayah tak tau nama-nama dia sebab ni pun credit to farhana sebab dia yang snap and not from my camera..Tapi its okay!! just enjoy tengok pictures menu ni semua okay friends??!!


i think this is ikan patin masak lemak kot..tak surelah tapi nilah antara menu yang ada..
next please!!


pucuk paku masak lemak, okay!! rasanya boleh tahan jugak..
next!!


apa nama menu ni?? adoii!! tak taulah, harap maaf ye..enjoy gambar je lah, buat2 macam tau nama menu ni okay!!
next!!

ohh!! dah habis gambar menu eh?? tapi bukan ada lagi ke?? hehe!! maaf sekali lagi  (entry ni macam serba tak lengkap je kan, entah kenapa) Sebenarnya ada lagi menu-menu yang disediakan, antaranya kuih muih, kek, tahu sumbat and bubur..

lagi gambar jom:


di dalam pinggan dayah..Ini lah yang dayah ambik untuk berbuka..Almaklum masa bulan puasa lepas dayah cuba nak diet so dayah cuba tak ambik nasi, that's way tak ada nasi dalam pinggan tu..Tahu dengan cili kicap tu boleh tahan dan kacang panjang dengn kicap tu jugak..hehehe!! dayah ni pantang nampak cili..:)


yang terdapat dalam pinggan fizah pulak..


Ada 3 jenis air, ni antaranya..Bandung dan teh tarik and satu jenis tu lagi ialah air suam je..


Desserts, menu dessert ada buah-buahan..

Gambar yang di atas ni semua dari camera digital dayah je, kira tu tangkap oleh kami dua beradiklah..

Lepas waktu berbuka pinggan yang tadi penuh jadi macam ni:


teka pinggan kepunyaan siapa ni?? tengok tu sopan letak sudu pun betul lepas makan..

pinggan desserts tadi tu..

Asyik gambar makanan je gambar orangnya mana?? okay ni haa!! :


dimulakan dengan gambar tuan empunya blog dulu okay!! nilah muka baru balik kerja, sememeh je rupanya..


gambar adik kepada tuan empunya blog ni..the follower, hehe!!

gambar baru sampai..tak tau nak credit to whom sebab siapa yang snap ni??

beratur menunggu turn nak ambik makanan..Sempat lagi mengumpat tu, tengok kawan yang lagi dua tu kusyuk nak dengar..

tak boleh nak candid kalau gambar si budak ni tau..tau je ada camera menghala ke dia..Sekali lagi siapa yang snap ni??

gambar beramai-ramai..

nad dan kak fina..penuh meja nampak??

antara-antara jejak idaman malaya..hehe!! ada lagi jejaka yang ikut tapi ni je yang sempat curi..

macam adik beradik tak??

fizah!!

kebanyakkan photo diambil dari camera ni lah..

kami dapat banyak sampul duit raya..Sampul je banyak duitnya tak ada pun..thanks to eone for the packets..

gambar tak bermotif, tak ada kena mengena dengan entry berbuka puasa..

sebelum balik dan kedai ditutup, pihak kedai bagi kertas ni punyalah banyak suruh kita rate makanan diorang macam mana, semualah..Rasanya yang terisi berapa helai je..

gambar diambil sebelum kami sambung lepak dekat starbucks sebelah tu je..Cameraman untuk gambar ni sangat kelakarlah, tengok kami gelak..

eh!! ada lagi satu..

ada lagi satu..okay2!! ni yang last..:)

Dah lepas makan, penat bergambar, borak-borak (dayah lebih kepada mendengar cerita mereka) masing-masing buat keputusan nak pulang tapi yang berapa kerat tinggal ni kami cadang nak lepak starbucks pulak (yang 7 orang dalam gambar2 diatas ni lah join lepak di starbucks)..Alang-alang starbucks sebelah je kan..

Fizah punya..tak tau apa nama dia tapi yang penting ni minuman baru and ada jelly..

its mine and its java chip..first time try kalau tak sebelum ni asyik vanilla latte je..

bermacam reaksi muka cuba ditunjukkan disini..

menggunakkan camera buruk untuk ambik gambar air java chip..so gambar air dekat atas tadi hasil tangkapan dari my camera ok..


apa agaknya fizah and kak fina tengah tengok tu kan..3 3 dalam gambar ni nama start dari huruf f..pandai diorang duduk..


bangga denga air yang dibeli masing-masing..

suka kau kan kalau dapat minum starbucks..

satu bungkus kerepek pisang starbucks sediakan..:)

sendiri fikirlah apa caption yang sesuai untuk photo ni eh!!


gambar..


gambar..

beramai-ramai..

Hampir pukul 11 jugak baru kami gerak balik..Puan lili dah bising suruh pulang segera..

Nanti kita lepak bersama-sama lagi eh!! :-D

p/s: sedang berada dalam mood yang kurang bestlah tapi bila tengok cerita lawaknya fantasia dekat astro ni mood kembali baliklah, kelakar tu..

9/17/2010

I'm Quit dan bingung

Okay!! this entry dayah just nak cakap..I'M QUIT

Kenapa eh sikap dengki manusia tu sentiasa ada, walaupun benda tu lah yang dilarang tuhan..Dayah bukanlah orang berada, hanya nak hidup dalam dunia kami je tapi tetap gak ada yang dengki dengan kami..Tak pasti apa yang dia dengki dan benci sangat dengan kami, ada je benda yang salah kalau kami buat..Macam dia tu tuhan semua betul, tak ada yang salah langsung..

Kami tak pernah mintak duit dia, tak pernah berhutang dengan dia..Tak pernah pinjam barang dia untuk bergaya..

Sabar manusia ada tahapnya, takut lama2 di pendam meletus pulak..Kang dia yang tak tahan nak dengar pulak kan..

9/16/2010

Hari Malaysia 2010

SELAMAT HARI MALAYSIA
16 september 2010

hari ni kan semua orang bercuti..Termasuklah dayah tu yang happy sangat-sangat, kalau lah dayah ni bukan baru lagi kerja dah lama esok dayah apply cuti, sambung sekali sampai ahad..Ohh!! dunia eh!! salah ohh!! MALAYSIA TANAH AIR KU YANG AKU CINTA..:)

Apa-apa pun sekali lagi SELAMAT HARI MALAYSIA, I LOVE U MALAYSIA AND PROUD TO BE MALAYSIAN..biarlah apa pun diorang kutuk pasal negara kita asalkan dayah sayang MALAYSIA..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...