9/03/2010

Buka Puasa part 1

Nak cerita yang mana dulu eh!! buka puasa dengan kawan-kawan ke atau dengan family??

-
-
-
-
-
-
THINK..THINK!!
-
-
-
-
-
-
OKAY!! DAPAT TAK JAWAPAN, angguk kalau dapat, geleng kalau tak dapat??!!
-
-
-
-
-
-
tak eh??!! okay tak apalah..Dayah dapat jawapan nya..
-
-
-
kita update yang buka dengan family dulu lah eh!!?? family first lah katakan..Nanti mama bising gambar dia tak upload dalam ini blog..T_T tapi persoalannya satu gambar mama pun tak ada dalam entry ni..ohh!! next entry..ingat tau next..

Sebenarnya dayah banyak sangat cerita yang pending, yang dari sebelum puasa punya kot..Tu kita cerita lain hari lah eh!! sempena ramadhan ni kenalah kita update yang berkaitan dengan ramadhan and persiapan raya je kan..Tak nak lah campur aduk kan..hehe!! (mesti bila baca korang terasa annoying kan..sb banyak 'kan')

Gambar ni diambil masa first day of ramadhan, first day bersahur:

ayam masak kicap style wak salleh (memang first day ramadhan wajib ada, tak kiralah buka or sahur) telur masin, and sayur kobis goreng style mamak, alaa!! goreng dengan kunyit n biji sawi tu..Cuba kira nasi ada 3 je kan??


First day buka puasa tak ambik gambar pun..Ni mesti kes lapar tak hinggat, dah licin semua baru teringat..ehh!! alaaa!! tak ambik pun gambar tadi..Padan muka..T_T

Gambar-gambar dibawah diambil pada 21/8/2010, semasa berbuka puasa di sekitar kawasan KUALA LUMPUR:

uuuu!! ini SUP KAMBING..powerlah sedapnya!! tapi dayah telah buat satu research during ramadhan ni tau..Dimana dayah TAK BOLEH makan kambing during fasting month ni, nak tau kenapa?? Sebabnya dah 2 kali dayah makan kambing and 2 kali tu jugaklah dayah mengantuk yang teramat sangat..Nak2 dekat office sampai rasanya macam ni cakap dalam hati...*i wanna go home, i miss my pillow..padahal baru je tinggalkan pillow tu..kenapa masa ni macam lambat je, kura-kura lagi cepat* Macam tu lah rasanya, so for this time being (i mean during ramadhan je lah) dayah tak nak makan kambing..Lepas raya baru makan eh!!

Biasalah sebelum buka kan nafsu tamak tu ada, so takut tak cukup punya pasal ambik 2 bowl yang besar eh!! lagi sekali BESAR..End up, tak habis pun..Satu lagi cili tu tak pedas langsung..

Baba selalu pesan, kalau tak nak kembung perut tu masa buka minum air panas..Tapi anak dia kan degil, nak jugak minum air sejuk..Tapi masa buka hari tu dayah trylah minum air panas, so orderlah ini TEH TARIK..Ya allah, nikmatnya minum air panas bila buka, sumpah tak tipu..Dayah rasa nak je order satu lagi tapi takut pulak tak habis..Start dari hari tu dayah selalu buka minum air panas dulu..:) Jadi anak baik dahhhh!!

Mana-mana pergi fizah tetap setia dengan TEH O AIS dia..Kat rumah pun macam tu gak..Gambar air mama and baba lupa nak ambik, Diorang order NESCAFE PANAS AND NESCAFE AIS..sehati sejiwa gitu..hahaha!!


Gambar-gambar seterusnya ni pulak masa buka dekat rumah, minggu lepas:

CARAMEL..my favourite ever, bulan puasa je ada jual banyak caramel ni, kalau hari-hari lain tu susah nak dapat..Yang ini dibeli di bazar..Tau2, gambar nampak macam dah hancur and tak sedapkan tapi SEDAAPPPP!! mana tak hancur dia pergi letak dalam plastik..

BADAK BERENDAM..kurang sedaplah tahun ni, last year sedap je!! Beli di bazar

dari kiri atas: popiah basah, cempedak goreng, tepung gomak (betul ke tak nama kuih ni..hehe!!) dan yang hitam ni dayah lupa nama kuih ni, ada campur dengan biskut merry..Beli jugak..

AIR CINCAU, buat sendiri..

yang ini mama masak, nama lauk ni tak taulah..Resepi rekaan sendiri, main campak2...tadaaaa!! jadilah macam ni..

ikan masak asam..Ini adalah favourite dayah, lagi-lagi daun tu..:)

Sambal tumis udang, mama memang teror bab-bab sambal2 tumis ni..Okay!! dayah ni bukanlah seorang pemakan seafood ye untuk pengetahuan kalian..sangat memilih kalau ikan tu nak yang goreng garing je, kalau masak2 kuah ni kureng..Udang lagi lah tak suka, ketam, lala, kerang and apa-apa sahaja jenis seafood dayah memang tak makan..(ada orang nak belanja dayah makan tapi nak bawa dekat seafood restoran, kejam tak orang tu??!! T_T) TAPI udang kecik-kecik ni dayah boleh makan cuma dalam kuantiti yang sikit jelah..:)


Untuk malam ni cukuplah ni je eh!! esok malam dayah update lagi sambungannya sebab cuba korang tengok jam dah pukul berapa ni, jap lagi nak bangun sahur lepas tu nak pergi kerja..Kang tidur depan pc siapa nak jawab??!! DAYAHLAH, bukan u all..

p/s: mata dah separuh buka ni, tapi tegar jugak nak update blog..Nasib baik ada teman kopi tersayang disebelah..ohh!! nak kena habiskan kopi ni dulu sebelum tidur kalau tak nanti bangun sahur mama nampak nanti mama marah..Balik kerja nanti dayah nak pergi IKEA, yeye!! nak shopping..Nak ikut??!! *ajak2 ayam je tau, jangan gedik nak ikut* :-) 



 

8/29/2010

Angkara manusia tak berakal

Semalam adalah manusia yang memang manusia tapi bertopengkan setan, pelik jugakkan mana si setan ni boleh terlepaskan, iyalah bulan-bulan puasa macam ni kan setan dah dirantai tapi ada gak yang ni terlepas..Dah tu duduk berjiran dengan dayah pulak tu..memang menyeramkan..

itu baru intro, ceritanya macam ni:

Disebabkan perkara yang kecil dia sanggup calarkan kereta dayah, bengkokkan area, tendang pintu kereta, kemekkan bonet belakang..

Semalam ayah dayah parkinglah kereta kancil kesayanganku tu berdekatan dengan rumah dia, tapi bukanlah depan gate rumah dia pun, kira tu sebelah rumah dia, dan tempat tu patutnya semua boleh parking..Kalau ikutkan itu BUKAN TANAH DIA, TANAH KERAJAAN okay!! tapi dia assume tu tanah dialah, macam dia bayar tanah tu kan..rumah pun macam pondok buruk

Bukan lah dayah punya kereta je yang pernah kena rupanya ada lagi 2 3 jiran yang pernah terkena nasib yang sama gara-gara parking dekat situ..Ada tu kesian sebab dia calarkan kereta jiran dayah, tak pasal-pasal orang tu terbang 2k sebab tu kereta company..Kesiankan, dahlah orang tu susah..

Kalau iya pun marah orang parking kat situ (even that is not your parking space) tak boleh ke datang rumah kitaorang, bukannya tak tau rumah kitaorang kat mana kan.Bukan dengan cara calarkan kereta orang kan..NO MANNERS betul orang macam ni..

So ayah dayah dah buat laporan polis, kita tunggu dan lihat je lah..

gambar, jom tengok:


first thing kita buat dulu laporan polis, lepas ni baru kita kerjakan kereta dia pulak..Dia ingat dia sorang je yang pandai calar2kan kereta orang, kami lagi genius lah..


gara-gara si setan tu..Ko tunggu balasan aku pulak eh!! just wait n see..:)


kalau dah bodoh tetap bodoh kan, sebab ko buat ko tinggalkan tanda..so stupid!!


mula-mula dia bengkokkan area ni, lepas tu buang air kotak atas kereta..Memang sah-sah lah ko tak puasa kan..hahahah!!

kerakusan si binatang buas, kaki dahlah macam gajah, tangan pun..ishh!! binatang ni memang tersesat kat pandan indah ni tau..



ini lah kereta si setan yang dayah maksudkan..



bagi 2 gambar kereta dia eh!! tunggu my revenge pulak yee!! :)


nak nanges dayah tengok kereta kancil kesayangan dayah ni, dayah tak pernah berkasar dengan dia tau..Ada orang cabul kehormatan dia..huwaa!! :(

Dayah memang geram teramat sangat..Maaflah kalau bahasa-bahasa yang dayah guna ni kurang menyenangkan kalian..Tapi kalau u all ada dekat tempat dayah u all pun mesti geram kan..

p/s: senang merancang nak buat dajal kat kereta dia pulak..hahaaahahahah!!, terpaksa update blog ni malam-malam lepas berbuka, kalau siang memang dah hilang pahala puasa yang tak seberapa tu kan..

8/25/2010

Hari Wanita 2010



SELAMAT HARI WANITA 2010

Selamat hari wanita kepada semua wanita yang sedang membaca blog ni..:) ingat eh wanita sahaja tau, lelaki tunggu hari lelaki pulak, ada ke??

KEPADA LELAKI SEMUA, HARGAILAH WANITA YANG BERADA DISISI ANDA SEKARANG NI, tak kira mereka EMAK, ISTERI, KAKAK ATAU sesiapa sahaja asalkan mereka WANITA..:)


1 AZAM WANITA 1 MALAYSIA..:)

8 MARCH merupakan hari wanita sedunia..

Mari kita layan lagu siti nurhaliza ni...WANITA:






8/23/2010

Sedih..:'(


Malam ni dayah sangat-sangat terasa sedih sebabnya baru kena marah dengan mama..Dayah rasa hal tu kecil je tak adalah besar mana pun tapi kena marah bagai nak rak..Bukan dayah benci mak dayah malah dayah sangat-sangat sayangkan dia tapi tadi dia marah buatkan hati dayah sedih sangat, tak tau kat siapa nak luahkan, nasib baik ada blog ni..Dahlah dayah ni sensetif, tak boleh kena marah ke apa ke mesti nanti nak je nangis, nak nanges sangat tak boleh sebab nanti orang nampak so dayah nanges dalam hati je lah..( sempat masa basuh pinggan berangan ada dekat atas satu bukit yang tak ada orang dayah nanges sepuas-puasnya, meleleh gak lah tadi airmata ku ini..ohh!! sedihnya..:'(

Maaflah kalau dayah tiba-tiba emo pulak malam ni kan..Cuma dayah nak kan tempat dimana dayah boleh luahkan perasaan ni, walaupun tak lah banyak yang dayah kongsi cuma nak bagi tau je yang dayah tengah     SEDIH TAU......

NAK MENAGES SEBELUM TIDUR NANTI....TAPIIIIIIIIIIIIIIII
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Terlupa yang dayah sedang pakai BEDAK SEJUK RUPANYA, macam mana nak nanges keluarkan air mata BANYAK-BANYAK..

alaaaa!! kena simpan lagi, by the time esok mesti dah tak sedih lagi kan..TAK BOLEHLAH NAK nanges..

huwaaaaaaaaaaaaa!!

p/s: menulis ni pun nyorok-nyorok takut fizah ke, baba ke, mama ke baca..shhh!! dah selamat malam..:'( sambung sedih

8/21/2010

Air nenas


kalau u all tengah baca ni during puasa jangan tenung terlalu lama eh!! atau bayangkan tengah minum ni waktu-waktu tengah hari yang panas terik tu..Nanti batal puasa siapa nak ganti balik puasa tu..Jadi tengok jap je..dah2!! scroll ke bawah

Air ni pergilah mana-mana bazar ramadhan pun belum tentu or dayah gerenti tak ada punyalah sebab ni homemade punya air nenas..Baba yang buat, so dayah nak jadi blogger yang baik tau sebab kan dayah nak kongsi cara nak buat air ni, so nanti u all yang membaca boleh try cuba test dekat rumah..Mana tau sedap sangat sampai nak buat untuk jamu tetamu di pagi raya nanti..

Tapi disini dayah nak mohon maaf dulu sebabnya gambar masa air ni di proses i mean masa sedang dibuat dayah tak ambik gambar, aaaa!! sebabnya masa tu daya tidur, so bila bangun tengok-tengok dah ada atas meja, tinggal nak tuang and minum je..T_T..

cara-cara membuatnya yang sangat mudah:

  • nenas dipotong kecil-kecil, kalau boleh buat bentuk kiub, kan kiut je bila nak makan nanti..
  • lepas tu masak kan nenas tadi dalam periuk, ingat periuk jangan kuali..PERIUK, nanti air nenas tak jadi baru tau kalau tak guna periuk, cari yang besar sikit okay!! lupa nenas tu masak sekali dengan air tau, maksudnya rendam nenas tu, sukatan air ikut pada berapa banyak nenas yang u all letak, kira ni agak-agak jelah eh!!
  • then, masukkan gula pasir..Ini pun ikut citarasa sendiri, kalau nak manis letaklah dalam 12 sudu keatas or kalau nak kurang manis less than 10 sudu dah okay!! tapi ni tengok jugak pada sukatan nenas and air yang u all letak dalam periuk tu..Kira ikut citarasa sendirilah eh..
  • Biarkan sampai nenas tu agak empuk, lembut sikit..
  • Kemudian bolehlah sejukkan atau nak minum panas pun boleh je..
Senangkan buat dia, budak sekolah rendah darjah 3 pun tau buat tau..hehe!! SELAMAT MENCUBA..

nak kongsi dengan korang last sunday punya menu buka puasa kami sekeluarga..Masak biasa-biasa je..;-)


makanan yang terhidang..dayah ada caption satu2 lauk tau tapi semua pic tu corrupted, cuma tinggal yang ni satu je pic yang tak rosak..

rebung masak lemak cili padi dengan daging..selera bertambah

pancake, entah kenapa tiba-tiba baba nak buat pulak..rajin datanglah tu

kuih muih dari bazar ramadhan..ehh!! satu dari jiran sebelah rumah..
dari bazar jugak, asal ada 5 tapi tinggal 3 sebab 2 dah habis hancur..
makan-makan lupa nak tunjukkan air pulak..okay dari kiri perkenalkan air soya dari bazar but cair sangat-sangat, tengah air nenas yang kita kongsi cara pembuatan nya tu and last sekali our favourite air teh o ais..
tak ketinggalan my favourite muffin untuk bulan puasa tahun ni..ni flavour double choc, ada oreo, nanti dayah postkan yg oreo and yang lain-lain okay..:)
GCB, ehh!! silap2 ni tak ada dalam senarai menu-menu diatas..gambar ni di ambil semasa sebelum puasa lagi..harap maaf ye semua..jangan marah-marah bulan puasa ni, tak baik haaaaa!!

Tulah menu last sunday kami..Lapar tak tengok semua tu?? cakap je lapar..hahahah!!

p/s: malas nak tidur sebab nak tunggu sahur sekali..

8/17/2010

Bila Cinta - Lagenda Budak Setan -





Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu


Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku


Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana


Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan


Mari layan lagu ni, dayah baru dapat tau ni dari cerita lagenda budak setan..Masa last week terdengar kat hot fm dayah tanya fizah siapa nyanyi lagu ni eh, bestlah so tadi tengah tengok-tengok astro tiba2 iklan lagu ni so yeah saya berjaya jumpa lagu ni..

Dayah nak update cerita lain sebenarnya ni tapi tengah-tengah transfer gambar memory card terus buat hal, kena format balik, nasib baik gambar masih ada dalam handphone dayah ni..ehh!! lupa nak bagi tau tu memory card fizah..T_T

jap lagi eh dayah update story baru tu once dayah dapat balik pictures tu semua..:)

p/s: makan kuih waktu berbuka tadi..jemput

2nd Trip to Perth, Australia Last Part

Akhirnya dah nak sampai penghujung cerita holiday ke perth ni, fuh!! ambik masa berbulan-bulan tu nak habiskan..Harap anda semua sabar membaca dan menanti..Memanglah bersabarkan kalau tak tak akan ada yang baca part last ni kan kan..betul tak??

Dayah tulis cerita ni dari part 1 sampailah last ni dayah dapat rasakan macam pergi bercuti balik kesana tapi kali ni macam cuti beramai-ramai..:)

Sampai je airport kami semua terus check in..Mula-mula queue jadi kelam kabut sikit sebab flight yang ke KL and London bercampur sekali..Rupa-rupanya flight yang ke KL ni bawa sekali passengers yang akan ke London kira diorang akan transit di KL lah..Memang pack betul dalam flight masa balik tu, boleh dikatakan semua seat occupied, tak ada yang kosong macam kami pergi sebelum ni banyak jugak yang kosong..Dalam flight kami berangan-berangan kalaulah lepas ni kita terus ke London kan best..hehe!! sambung holiday lagi 2 minggu..wah!!

jom order air untuk breakfast..!!:)

okay!! kalau nak hot drink turn this page ye friends..next pls??!!

if u want something chill in the morning, okay turn to this page or the other one..

okay!! then tunggu sampai air yang diorder tu sampai eh..be patient guys!!

okay!! air dah sampai..ini dayah and fizah punya, order satu sudah sebab faham2 jelah eh, cuaca sejuk, minum air sejuk and nak duduk dalam flight 5 jam..:)

mama and baba punya..Long black coffee, dari datang sampai nak balik asyik minum air ni je..sedap ke?? tak pahit giler..

nak balik kl dah muka pun tak larat nak senyum, tak macam first day sampai walaupun letih tapi happy je..hehe!! inilah mama saya..

baba tengah isi borang imigresen, nak keluar negara diorang pun kita still kena isi borang imigresen lagi..baba isi dulu jap lagi saya pulak isi untuk kami dua beradik..:)

sekitar dalam airport, ni bahagian atas..


GUESS who is she?? hehe!!



Kami berlepas dari perth ke KL agak awal sedikit dari jadual..Masuk je kawasan boarding dah terus calling untuk boarding, tak sempat nak jalan-jalan kat dalam tu..hehe!!


kami nak pulang malaysia..:)



penuhkan flight kami ni..

nak tunjuk sayap air asia x ni..hehe!!

indah sungguh ciptaa Allah swt..:)

naik flight mesti nak kena ambik pic macam ni..entah kenapakan?? hehe!!

Kami jangka sampai KL pukul 1230 tengah hari tapi disebabkan flight berlepas awal so kami sampai 1/2 jam awal..

Sampai sini je coretan dayah untuk vacation ke perth ni..Alamak rasa rindu pulak kat perth, saya nak kesana lagi..Insyaallah tahun depan pulak eh!!

Thanks kepada yang sudi membaca cerita ni..Tunggu my next holiday pulak eh..Kepada yang hantar email tu nanti dayah balas kan email anda ye!! maaf agak lewat sikit nak membalasnya..:)

p/s: menaip sambil meneguk kopi yang dah sejuk sebabnya lupa nak minum tadi lepas tu pergi letak bawah aircond..hehe!!:)

8/15/2010

Bulan kedamaian - Siti Nurhaliza -




Duhai Kasih yang ku Puji dan Puja
Di malamnya yang mulia
Sisimu aku mendamba
Tempatku bermanja
Hanya namamu yang ku seru


Duhai kasih yg ku puji dan cinta
Diharinya yg mulia
Ubatila hati luka
Jiwa yang sengsara
Hanya padamu ku menyeru


Berderang malam yg tenang
Terlihat rembulan
Sinar kemuliaan
Tandakan ramadhan
Bulan keampunan


Aidilfitri mengakhiri aku mensyukuri
Hari ini penuh erti
Hadiah illahi


Aidilfiri mengakhiri kita mensyukuri
Hari ini penuh erti
Hadiah illahi


Duhai Kasih yang ku puji dan puja
Di malamnya yg mulia
Sisimu aku mendamba
Tempatku bermanja
Hanya namamu yg ku seru


Semalam dan seharian bawa kedamaian
Alunan Al-Quran doa dan harapan
Sujud kesyukuran
 Berderang malam yang tenang
Terlihat rembulan
Sinar kemuliaan
Tandakan ramadhan
Bulan keampunan

Jom layan lagu ni..enjoy!! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...