8/17/2010

2nd Trip to Perth, Australia Last Part

Akhirnya dah nak sampai penghujung cerita holiday ke perth ni, fuh!! ambik masa berbulan-bulan tu nak habiskan..Harap anda semua sabar membaca dan menanti..Memanglah bersabarkan kalau tak tak akan ada yang baca part last ni kan kan..betul tak??

Dayah tulis cerita ni dari part 1 sampailah last ni dayah dapat rasakan macam pergi bercuti balik kesana tapi kali ni macam cuti beramai-ramai..:)

Sampai je airport kami semua terus check in..Mula-mula queue jadi kelam kabut sikit sebab flight yang ke KL and London bercampur sekali..Rupa-rupanya flight yang ke KL ni bawa sekali passengers yang akan ke London kira diorang akan transit di KL lah..Memang pack betul dalam flight masa balik tu, boleh dikatakan semua seat occupied, tak ada yang kosong macam kami pergi sebelum ni banyak jugak yang kosong..Dalam flight kami berangan-berangan kalaulah lepas ni kita terus ke London kan best..hehe!! sambung holiday lagi 2 minggu..wah!!

jom order air untuk breakfast..!!:)

okay!! kalau nak hot drink turn this page ye friends..next pls??!!

if u want something chill in the morning, okay turn to this page or the other one..

okay!! then tunggu sampai air yang diorder tu sampai eh..be patient guys!!

okay!! air dah sampai..ini dayah and fizah punya, order satu sudah sebab faham2 jelah eh, cuaca sejuk, minum air sejuk and nak duduk dalam flight 5 jam..:)

mama and baba punya..Long black coffee, dari datang sampai nak balik asyik minum air ni je..sedap ke?? tak pahit giler..

nak balik kl dah muka pun tak larat nak senyum, tak macam first day sampai walaupun letih tapi happy je..hehe!! inilah mama saya..

baba tengah isi borang imigresen, nak keluar negara diorang pun kita still kena isi borang imigresen lagi..baba isi dulu jap lagi saya pulak isi untuk kami dua beradik..:)

sekitar dalam airport, ni bahagian atas..


GUESS who is she?? hehe!!



Kami berlepas dari perth ke KL agak awal sedikit dari jadual..Masuk je kawasan boarding dah terus calling untuk boarding, tak sempat nak jalan-jalan kat dalam tu..hehe!!


kami nak pulang malaysia..:)



penuhkan flight kami ni..

nak tunjuk sayap air asia x ni..hehe!!

indah sungguh ciptaa Allah swt..:)

naik flight mesti nak kena ambik pic macam ni..entah kenapakan?? hehe!!

Kami jangka sampai KL pukul 1230 tengah hari tapi disebabkan flight berlepas awal so kami sampai 1/2 jam awal..

Sampai sini je coretan dayah untuk vacation ke perth ni..Alamak rasa rindu pulak kat perth, saya nak kesana lagi..Insyaallah tahun depan pulak eh!!

Thanks kepada yang sudi membaca cerita ni..Tunggu my next holiday pulak eh..Kepada yang hantar email tu nanti dayah balas kan email anda ye!! maaf agak lewat sikit nak membalasnya..:)

p/s: menaip sambil meneguk kopi yang dah sejuk sebabnya lupa nak minum tadi lepas tu pergi letak bawah aircond..hehe!!:)

8/15/2010

Bulan kedamaian - Siti Nurhaliza -




Duhai Kasih yang ku Puji dan Puja
Di malamnya yang mulia
Sisimu aku mendamba
Tempatku bermanja
Hanya namamu yang ku seru


Duhai kasih yg ku puji dan cinta
Diharinya yg mulia
Ubatila hati luka
Jiwa yang sengsara
Hanya padamu ku menyeru


Berderang malam yg tenang
Terlihat rembulan
Sinar kemuliaan
Tandakan ramadhan
Bulan keampunan


Aidilfitri mengakhiri aku mensyukuri
Hari ini penuh erti
Hadiah illahi


Aidilfiri mengakhiri kita mensyukuri
Hari ini penuh erti
Hadiah illahi


Duhai Kasih yang ku puji dan puja
Di malamnya yg mulia
Sisimu aku mendamba
Tempatku bermanja
Hanya namamu yg ku seru


Semalam dan seharian bawa kedamaian
Alunan Al-Quran doa dan harapan
Sujud kesyukuran
 Berderang malam yang tenang
Terlihat rembulan
Sinar kemuliaan
Tandakan ramadhan
Bulan keampunan

Jom layan lagu ni..enjoy!! :)

2nd Trip to Perth, Australia Part 6

eh!! eh!! dia buat-buat lupa je cerita dia yang lama sangat pending tu kan..Harap maaf, terlupa nak update cerita ni..hehe!! maaf diterimakan??

okay2!! jangan merepek panjang lagi..Jom sambung cerita..

Hari- hari terakhir kami di bumi Australia, malam nanti dah kena bersiap nak pulang ke tanah air..Sedihkan, masa tu rasa macam tak nak balik je..:(
Hari ni kami lepas breakfast terus ambik blue cat jalan-jalan dalam bus lepas tu tukar pulak ke red cat, cuma yellow cat kami tak naik..Okay macam biasa let's pictures do their work..:)

breakfast di hari terakhir kami..

breakfast yang lengkap..tengok, kan dayah dah cakap salad ni memang wajib ada..

fizah dah ready nak berjalan-jalan..

bangunan belakang ni kan cantik tau, kalau boleh sewa jadikan rumah baguskan..haha!!

mama nak bergambar dekat sini sebab cuma u all close up sikit, belakang tu ada cafe tulis aroma..hehe!!

masa kami jalan-jalan ni waktu weekends so kawasan ni tak ada orang pun, kereta pun boleh kira yang lalu lalang..

pertandingan pejalan kaki paling laju..Tu haa!! perempuan mat saleh tu yang menang, laju kot dia jalan..hehe!!

mama tanya ni pun ko nak ambik gambar?? hehe!! haruslah kan kat sini mana ada tulis australia post..

inilah tempat banyak shopping mall, cafe2 pun ada jugak..kalau nak ke sini boleh ambik bus red cat turun dekat murray street mall east..Masa kami pergi ni dayah tak ingat kami turun station yang mana tapi don't worry kalau turun dekat murray street pun boleh sampai jugak ke sini..:)

mama sedang menunggu air jus yang diordernya..

tu dia jus dah siap..Pahit betul jus ni, jus campur2..hehe!!





tempat ni sangat happening on weekends..seronok sangat dapat lepak2 dekat sini

Jalan-jalan dalam satu shopping mall terserempak dengan kedai jual shake ni, nama kedai tu The Shake Shack..Kalau u all pergi sana ternampak dengan kedai ni wajib singgah tau, highly recommended sebab shake yang dijual sedap2 belaka..Yang ini dayah pilih perisa fererro rocher..Cuba tau jangan tak..janji dengan dayah hokey!!


tengok tu sampai tak tengok kiri kanan..

take note ok nama station ni kalau nak ke tempat seperti diatas..

ohh!! ya blue cat pun ada kesini jugak..yang yellow dayah tak berapa pastilah..

tengah menunggu bus red cat..ohh!! lupa nak bagi tau, sebelum balik kami singgah woolworth supermarket jap, biasalah kan pantang jumpa mesti nak singgah..Kali ni kami beli sikit choccolate yang nak dibawa balik malaysia..
dah penat pusing-pusing dekat bandar kami pun balik..macam biasa merentasi jambatan ni dulu kalau nak pulang ke apartment..


balik je macam biasa mama and baba bertungkus lumus memasak walaupun 2 dish ni je yang tersedia..ala!! ni kira makan malam kami yang terakhir kat sini kan, nak habiskan apa yang tinggal, nak bawa balik takut luggage extra weight pulak..
sementara nak tunggu pukul 3 pagi..inilah muka2nya, sila scrool ke bawah lagi untuk tengok


muka tak boleh nak senyum sebab first waktu pagikan pukul 3 pagi lagi, second kesejukkan and third sebab nak kena balik malaysia dah..im gonna miss this place..huwaaa!! hehehe!! sila kebawah lagi

tak banyak kereta lalu lalang waktu ni..

tolong ingat nombor bilik ni, nanti kalau u all pergi sana bookinglah bilik ni.hehe!!

sementara tunggu lift naik balik sebab baba and mama naik dengan beg dah penuh lift, so kami kira turun second triplah..dah ambik2 gambarkan tiba-tiba terasa seram pulak sebab semua gelap, cepat2 tekan button lift..hahaha!!
rasa macam sikit pulak beg nak bawak balik..Masa nak check in luggage ni dah excess okay so terpaksalah keluarkan apa yang patut untuk bawa naik as hand luggage, hand luggage sekarang ni untuk air asia hanya boleh 7kg je pulak tu, nasib baik tak sampai kalau tak, tak pasal2 kena bayar..hehe!!


bye mountway..next time jumpa lagi eh..:)



tengok tak senyum lagi, kesejukkanlah tu..hehe!!



Teksi sampai agak punctual jugak, tak lah kami tunggu lama sangat..Kami terus ke airport, dalam masa setengah jam macam tu dah sampai, kali ni tambang kami dapat sama pulak masa first time pergi dulu dalam aud 30 plus..nampak yang masa datang tu kami ditipu, ohh!! tak apa nanti tak nak ambik teksi kau lagi..ahahah!! agak marah lah kan..

Ada lagi satu part, dayah akan cuba habiskan malam ni jugak or kalau tak pagi nanti eh..hehe!!

p/s: menulis sambil makan karipap and tembikai..terlupa nak pergi minum air, tercekik..

8/10/2010

Ramdan al-Mubarak datang lagi


Ramadan al-mubarak datang lagi tahun ni..Alhamdulillah kita diberi satu lagi peluang untuk menyambut ramadan tahun ni..Semoga kita diberkati oleh ALLAH swt di bulan yang mulia ini..

Kepada pembaca-pembaca SEMUA, dayah nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK 2010..

Puasa tau jangan tak puasa..hehehe!!

Sempena ramadan ni dayah akan postkan bazar ramadan yang bakal dayah kunjungi okay!! so tunggu je next-next entry..Nanti dayah selitkan sekali recipe-recipe yang best untuk dikongsi bersama..ibarat kata pepatah, sharing is caring..hehe!!

p/s: SELAMAT BERSAHUR KAWAN-KAWAN, sahur apa eh korang??


Virgo (23 ogos- 22 sept)


Tadi fizah balik je dari sekolah dayah ternampak dia bawa satu buku ni, tajuk buku tu menarik perhatian dayah nak curi-curi baca..Tajuk dia Horoskop & Imej Remaja..Kita kalau bab-bab nak baca horoskop ni mesti sukakan, termasuklah dengan dayah, TAPI INGAT, baca je jangan percaya nak obsessed sangat tau..

Dayah pun apa lagi carilah bintang dayah iaitu virgo, jom scroll ke bawah baca, cepat-cepat:

Sifat-sifat Umum:
Virgo adalah satu-satunya lambang feminin dalam 12 lambang zodiak ini. Mereka tidak suka membuang tenaga untuk perkara-perkara tidak berfaedah. Mereka juga termasuk dalam golongan yang tidak suka mengunjungi doktor..(jap nak mencelah, ni memang tepat..hahaha!!) Seorang remaja Virgo suka mengkritik, gemar mencuba sesuatu yang baru dan berfikiran logik. Mereka selalu mencari kesempurnaan

Dalam bercinta, seorang remaja Virgo berfikiran amat terbuka. Namun cinta tidak datang begitu saja dalam seorang Virgo. Remaja memerlukan banyak usaha dan pengorbanan untuk mencairkan hati seorang Virgo (bagi dayah senang je nak cairkan hati dayah, be gentleman towards women, memang cair habislah..hehe!!) Tapi satu kali dia jatuh cinta, maka dia akan menjadi teman hidup yang setia tidak kira lelaki mahupun perempuan (dayah belum pernah bercinta dan tak tau lah ini akan terjadi ke tak, so sesiapa yang nak bercinta kalau perempuan carilah lelaki virgo eh dan sebaliknya)

Kalau orang yang dicintainya sedang sakit, maka remaja Virgo merupakan seorang pengubat yang sempurna bagi kekasihnya (how romanticnyaaaa!!).. Dan kerana seorang Virgo ingin mencari kesempurnaan, namun dia tidak pernah mencapai tujuannya, maka golongan ini akan selalu bermurung..

Personaliti (ciri positif):
Orang yang lahir pada tarikh antara 22 Ogos hingga 22 September dikatakan bernaung dibawah zodiak Virgo, yang berlambang seorang gadis.. Dengan yang demikian, anda suka pada kerja, hasil kerja sempurna, punya wira-diri, suci, mengutamakan penjagaan kesihatan (walaupun tak suka pergi doktor eh, hehehe!!), ada kesedaran, memberi penumpuan berdisplin (ni sometimeslah, tapi selalunya tak pun), praktikal, sedia berkhidmat dan menyeluruh.

Personaliti (ciri negatif):
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa bimbang, cerewet,  berpandangan sempit, terlalu tertib, suka merungut, tidak mudah mengaku kalah, dan ada ciri mengkritik..

Tulah dia buku yang bertajuk diatas bercerita tentang Virgo..Semua zodiak ada tapi dayah pilih virgo sebab itu sign dayah..hehe!! selfish punya budak kan kan..
takpe kalau fizah tak bagi lagi buku tu dekat kawan dia dayah post lagi tentang bintang-intang yang lain..

Tapi ingat pesanan dayah (pesanan untuk diri sendiri gak ni) jangan terlalu taksub and percaya sangat hokey!!

p/s: sepatutnya sambung cerita Perth tu kan, hehe!! hokey2!! dayah sambung lepas ni..Sedang menepekkan bedak sejuk campur gamat beli dekat langkawi ke seluruh muka, mudah-mudahan muka berseri di pagi Syawal nanti..Puasa pun belum lagikan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...