7/28/2010

Teater Cuci The Musical 2 (26 July 10)


Hari tu dayah ada post kan tentang 2 ticket free yang mama dapat untuk menonton Cuci the musical 2..Ticket ni dapat sebabnya kami adalah pelanggan astro mustika, jiran dayah dia dapat free ticket tengok filem kapoww..

Ini merupakan tayangan perdana untuk teater ni, kira kami ni semua bertuah lah sebab belum ditayangkan lagi kami dah dapat tengok dulu..:D jangan jealous yee!!

Dayah first time tau dapat tengok teater dekat Istana Budaya ni, kalau sebelum ni tengok dekat kolej je, alaa!! teater kecil-kecilan je itu pun dah seronok dapat tengok ini kan dekat IB memang double troublelah happynya..:D

Tayangan start pukul 8:30 dan 15 minit before start dah kena ada dekat sana so dayah sampai memang ngam2 lah 15 minit before masuk itu pun dah ramai orang yang menunggu..Ada jugak terjumpa dengan artis-artis AF musim yang lepas-lepas tapi malas lah nak snap gambar dengan diorang..

thanks to astro for the free tickets eh!! muah muah!! (kiss skit dinding entrance astro)

ramai jugak yang datang menonton..

Memandangkan di dalam IB memang diorang tak bagi untuk kita snap gambar or ambik any video so dayah tak adalah gambar masa teater tu berlangsung, try jugak nak curi-curi ambik tapi dayah tengok orangnya ada je memerhatikan so tak lah berani nak ambik..

Kesimpulan tetang teater ni, patutlah dapat sambutan masa cuci the musical yang pertama dulu sampai kena buat lagi sekali sebabnya cerita ni memang best lah, tak rugi rasanya siapa yang beli ticket untuk tengok cerita ni..Dayah akui dayah memang tak suka sangat dengan filem cuci tapi for teater ni memang dayah thumbs up lah..

Lakonan Hans Isaac, Awie, Adflin Shauki and Nabil memang superb, dayah rasa dari awal tengok sampailah habis memang tak kering gusi tau, penuh dengan lawak..Lakonan Vanidah Imran, Jaclyn Victor, Harith Iskander, Reffa, and Rehman Rashid pun mantap..Paling dayah minat Rehman Rashid sebab bagi dayah lontaran suara dia sangat sedap..Tahniahlah kepada Dato' Zahim Albakri selaku director and Harith Iskander selaku director and story writer..You guys done a very good job..:D

So kepada sesiapa yang belum beli ticket tu baik cepat-cepat pergi beli sebab kalau dah habis kang korang gak yang menyesal..Percayalah cakap dayah ni..

Jomlah tengok pictures yang dayah sempat snap masa sesi bertemu peminat:


before start..

refreshment for 15 minutes..

dengar khabar diorang tak rehat dari pagi, dari rehearsel sambung terus untuk tayangan perdana..

with Harith Iskander

with Hans (Khairudin) and Awie (Jojo)..

Fizah bersama mereka..

with Nabil yang friendly..

fizah and Nabil..

with Adflin Shauki..

fizah and Adflin Shauki

with Vanidah Imran and Jaclyn Victor yang cantik..

fizah dan mereka..

fizah with Reffa, baru dayah perasan yang dayah terlupa bergambar dengan reffa ni..=)


thumbs up!! :D

sebelum balik..

Planning nak tengok teater natrah yang bakal diadakan bulan Nov ni..=) Jatuh hati dengan tetater..

p/s: sambungan trip ke Perth akan disambung selepas post yang ini ye!!, janji tak tipu..=)

7/24/2010

Lepat Ubi

Minggu lepas jiran saya baru balik dari kampung, banyak betul ubi dia bawa balik..Disebabkan dia ni jenis yang sangatlah pemurah satu plastik besar dia bagi kami ubi kayu..Dah digoreng, di rebus still tak habis-habis lagi..Mama kata ubi kayu ni kalau simpan lama-lama nanti tak sedap, nanti masuk angin..Fikir punya fikir..(sambil garu-garu dagu) saya dapat idea, memandangkan saya ni sangatlah suka dengan lepat ubi so proposal tu di usulkan ke mama, mama selaku pengarah telah bersetuju untuk buat kan lepat ubi pada hari isnin jam 2 petang waktu tempatan..Saya tersangatlah gembira akhirnya dapat jugak makan lepat ubi..=)

Memandangkan proposal tu saya yang cadang makanya kenalah tolong serba sedikit dalam proses pembuatan nya..

Jomlah saya tunjukkan cara-cara membuat lepat ubi..ayuh!! ke bawah:

bahan-bahan:

  • ubi kayu
  • kelapa
  • gula merah
  • daun pandan
  • secubit garam
  • daun pisang
  • kain, yang kecik sudah (nanti taulah kenapa kena guna kain)
  • blender (nak guna tempat pemarut pun boleh tapi agak lambat, guna blender lg cepat)
  • kukusan
cara-cara membuatnya:

pastikan buang kulit and potong kecil2, agak susah jugak nak potong ubi kayu ni

potongkan begini, baiklah ready untuk di blendkan ke semua ubi kayu tadi

selepas di blend macam ni lah rupanya, sekali tengok macam kelapa sebelum diperahkan??

kain yang tadi tu adalah untuk perahkan ubi kayu yg dah di blend tadi, ni bertujuan untuk buangkan sagunya, ubi kayu ni ada mengadungi sagu..letakkan sedikit demi sedikit dalam kain ni and startlah perah..

begini ye!!

perahkan begini, tak perlulah sampai kering ubi tu, asalkan airnya dah keluar okaylah tu..acara ini memerlukan tenaga jugak..

beginilah rupanya setelah diperah..(hasil kerja tangan saya)

campurkan ubi tadi dengan kelapa parut, tambahkan sedikit garam waktu ni..

sementara saya bertungkus lumus memerah ubi, mama panaskan gula merah dan masukkan satu simpul daun pandan bagi wangi..Dah masak sejukkan sebentar lepas tu tapis, ini bertujuan nak buang kalau2 dalam gula tu ada batu ke atau ada apa2 ke (ayat powerkan..=))

tuangkan ke dalam campuran ubi dan kelapa tadi..

gaul sampai sebati macam ni..

daun pisang tadi kita layukan atas api macam ni, ni bertujuan nak lembutkan daun pisang tu bagi senang nak lipat..

masukkan adunan ubi tadi ke dalam daun pisang, jangan isi terlalu banyak macam ni dah memadai..

lipatkan macam ni..selalunya kalau dekat kedai kita beli panjang2kan, ni versi buat di rumah so pendek2..=)

rebuskan sehingga masak..

tadaaa!! dah pun siap lepat ubi..

Senang je kan nak buat lepat ubi ni cuma part yang nak potong ubi tulah memerlukan kudrat yang kuat..=)

Lepas ni kalau buat sendiri pun saya dah tau..hehe!!=)

7/22/2010

Format

Tak bestnya kalau laptop atau desktop di format termasuklah handphone..Laptop dayah ni sejak kebelakangan ni buat hal sebab dah lama tak hantar service..hehe!! (padan muka ko dayah) bila hari tu hantar service kat baba mak aihh!! laptop saya telah menjadi ladang penternak virus yang sangat berjaya, dasyatkan virus tu saya boleh buat diam je..Baba agak marah jugak sebab bila masuk antivirus yang baru memang banyaklah virus dapat di detect..

Jadi tolong jangan ikut peragai tak senonoh saya ni eh!! lepas tu hari tu terus laptop ni hang and bila hantar kat baba, baba cakap perlu di format balik..T_T

Jadinya, bila dah di format faham-faham jelah kan, saya dah terasa macam bukan laptop saya yang saya pakai sekarang ni, macam lain je..Tak bestlah

Dulu saya pernah terformat dengan tidak sengaja nya handphone sendiri, nasib hp sendiri kalau orang tak ke mampos kena maki hamun..=)

Nanti next entry saya nak ceritakan tetang lepat ubi and sambungan percutian Perth tu..

Disebabkan sekarang ni tak ada gambar and tak boleh nak update cerita-cerita yang pending saya nak kongsi lagu ini..Tengah gian dengar lagu ni..hehehe!! :)



Lirik Jahat – Stacy

Aku sudah serik bercinta
Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah

Kepala kata jangan gelojoh (no)
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia


Chorus
Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Apa agaknya sudah jadi
Pada ikrar untuk tak bercinta lagi
Walaupun belum bersedia
Tapi hatiku mendesak dan menggesa

Ulang Chorus

Jahat budak jahat
Dah terkena
Terkena demam cinta
Jahat budak jahat
Dah terkena
Terkena demam cinta

Jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Ulang Chorus

Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

7/16/2010

I Love Yoo!


Semalam lepas je interview tiba-tiba perut ni berbunyi-bunyi, macam tengah buat konsert..Kebetulan tempat dayah pergi interview tu bersebelahan dengan Jusco Damansara so apa lagi mari kita serbu cari kedai makan..=)

Cadang nak cari food court je tapi masa on the way nak turun tu ternampak kedai ni..Nampak menarik sebab first time dayah tengok kuih cakoi tu orang makan dengan soya bean..Apalagi kita kasi try jom..

kita tengok dulu menu sebelum buat order eh!! hrmm!! mana nak pilih ni..

okay!! akhirnya kami pilih set b..=)

side order: Mix bun, boleh tahan jugak sebab tengah2 bun ni ada pulut..

side order no 2: Red bean bun, boleh tahan sedapnya..

drinks: 2 white coffee cold..

cara makan dia, rendamkan macam ni cakoi2 tadi kemudian ngapp!! makanlah..sedap!!

hidangan untuk 2 orang makan..hahaha!! sampai muak

Sedap jugak bila cakoi ni direndam dalam soya bean..Cakoi tu jadi lembut tapi tak lah sampai hancur..Cuma satu je soya beannya agak tawar so cepat muak, tapi rasa memang sedaplah sebab soya beannya pekat tak macam kalau kita beli dekat gerai-gerai atau pasar malam tu, cair melampau..So lain kali boleh makan lagi dekat sini..=)

Masa tengah-tengah makan dayah terasa sangat full, macam nak muntah so tak dapat nak habiskan semua jadi tapaulah yang balance tu, ni mungkin sebab angin, iyalah tahan perut dari pagi tak breakfast atau minum apa-apa pun kan..

7/15/2010

2nd Trip to Perth, Australia Part 1

Dah genap sebulan dayah balik dari Perth, Australia baru hari ni nak update cerita semasa kat sana..Kali ni masuk kali kedua kami berangkat ke Perth..Ramai gak yang tanya asal korang asyik pergi Perth je, pergilah Melbourne pulak ke, Sydney ke (oppss!! sini belum boleh pergi lagi sebabnya AA belum buat flight ke sini lagi) or Gold Coast ke kan asyik pergi Perth je..Okay meh dayah terangkan why kami 2 kali pergi sini..Yang pertama, flight ticket nak ke Perth lagi murah berbanding dengan Melbourne, Sydney or Gold Coast..Yang kedua, salah satu negara di Australia yang menyediakan bus free dalam town (boleh jimat wang transport)..Yang ketiga, kami suka bandar dia yang tak crowded sangat, lagi pun Perth ni tak mempunyai ramai penduduk..Haa!! itulah antara sebab-sebabnya kami tak jemu-jemu nak pergi Perth..In fact next year kami dah planning nak cuba beraya pulak disana..=)

Okaylah back to my trip ke sana..Macam biasa nak booking flight ticket AA ni kenalah booking setahun dulu kalau nak dapat murahlah so baba dah booking ticket ni since bulan July last year lagi..Kali ni kami mempunyai strategik baru dimana baba hantar kami 2 beradik dulu ke KL Sentral dengan semua beg yang bakal dibawa lepas tu baba and mama datang kemudian naik teksi so no extra chargeslah for luggage kan..hehe!! bagus tak idea kami?? Pukul 4:30 kami dah gerak ke KL Sentral dulu, by the time tunggu mama and baba adalah jugak dalam 1 jam 1/2..Kami memang saja keluar awal rumah sebab takut jugak kalau-kalau jalan tiba-tiba jem ke, bus nak ke LCCT tak ada ke kan so better keluar awal walaupun flight pukul 12 tengah malam..:-p


sementara tunggu baba and mama datang..

apalagi kita bergambarlah..

akhirnya mereka pun tiba dengan muka yang ceria..

Bus pun senang je sebab banyak yang sedang menunggu tinggal untuk naik je..Kali ni baba pilih nak naik Aerobus walaupun dulu ada experince yang taubat tak nak naik lagi..Tapi kali ni pemandu dia baguslah bawa pun cermat je..Pukul 6 petang tepat kami bertolak dari KL Sentral menuju ke LCCT..Perjalanan mengambil masa 1 jam je..Sampai je LCCT macam biasa kena singgah food court dulu lagi pun bus berhenti dekat dengan food court kan..hehe!! Kita isi perut dulu..Kami cuma beli air, nasi satu pinggan and cream puff je sebab sebelum tu baba ada masak dekat rumah so ada lah bawa bekal sikit..





muka yang tak pernah tak excited..hahah!!

cream puff, nasi tak sempat nak snap baba dah makan..

Lepas makan kami duduk-duduk jap sementara nak tunggu masa untuk check-in..Since masa kami pergi ni World Cup baru start so dekat lobby LCCT tu adalah disediakan banyak jugak tv untuk pengunjung tengok bola sementara tunggu flight and tunggu masa nak check- in..Ada jugak replika bola and pertandingan disediakan..Kami sempat bergambar dekat replika bola tu..=)


tempat yang disediakan untuk pengunjung menonton WC, siap ada tempat duduk tapi terhad je..

Fizah pilih portugal

Dayah pilih england..

Haa!! malam tu tak ramai sangat orang dekat LCCT mungkin sebab esoknya hari berkerja dan satu lagi flight malam tak lah banyak sangatkan berbanding siang..Time untuk check-in, mari kita hantar beg-beg yang gabak ni..hehe!! Pukul 9 kami dah start beratur sebab takut nanti long queue kalau lambat tapi nasib baik line yang kami pilih ni cepat..So tak sampai 1/2 jam dah selesai..=)


tak ramai sangat yang nak ke Perth..masa dalam flight pun banyak seat kosong..

Masih ada banyak masa lagi nak tunggu kan..adoii!! dahlah tak sabar ni nak naik flight..hahaha!! Tunggu punya tunggu sambil tu apa lagi kita belanjalah, lagi pun dekat dalam tu cafe jual makanan sedap-sedapkan..hahaha!! akhirnya penumpang untuk ke Perth di panggil untuk ke Boarding area sebelum tu pasport kami di check lagi sekali siap ni boleh borak-borak jap dengan pegawai tu..hahaha!!

dulu pun gate yang sama jugak..

yeah!! its time utk naik flight, maaf gmbr kabur sebab masa ni tengah berjalan..

masa ni FA kat depan tu tengah bagi instruction untuk mengunakan seat belt..

pukul berapa nak sampai ni??

Selepas 5 jam duduk, bangun, tidur, terjaga akhirnya kami selamat sampai sekali lagi di bumi Perth, Australia..=) Kali ni nasib kami tak baiklah sebab kalau masa first time datang beg kami tak di check langsung tapi kali ni kena, nasib baik satu beg je sebab dayah ada bawa perencah nasi goreng tapi tak declare..Pekerja tu marah lah jugak kami sebab tak declare that thing, dia cakap next time make sure you declare this okay, muka garang gila..

Sambung next part pulak ye sebab dayah dah aaaaa!! ngantuk nak tido..=)

p/s: today dayah ada interview sebenarnya tapi mata tak boleh lelap..nervous barangkali..

7/14/2010

Bangi Kopitiam

Lepas pergi kolej settlekan apa yang patut dayah and mama singgah kejap dekat Bangi Kopitiam, terasa dahagalah pulakkan lagi pun tak breakfast lagi time tu..Kopitiam ni baru buka rasanya sebab masa dayah tengah belajar dulu bangunan ni masih dalam pembinaan..Kan best kalau time tu kopitiam ni dah ada, boleh lepak dengan 2 best friend kesayangan dayah tu..

Since fizah sekolah so dayah and mama jelah..Lately ni dayah suka sangat dengan konsep kedai kopitiam, nanti nak explore lagi kopitiam-kopitiam kat Malaysia ni..hehe!!

Konsep kedai ni best jugak sebab dia corner lot so kedai dia lebih kepada konsep open gitu..Tempat duduk pun best sebab luas and ada disediakan tempat yang ber aircond, makanan boleh tahan jugak banyak choices nak yang heavy atau light semua ada, alaaa!! macam kopitiam yang biasa jugak..Kalau dessert ada ice cream, nampak menarik tapi dayah tak trylah..

Jom tengok pic makanan yang kami order:

siap disediakan kerusi macam ala-ala dekat rumah gitu..sesuai untuk duduk lama and borak2..=)

bahagian kitchen yang lebih kepada konsep open..

Kisskiss strawberry JB..Sesuai diminum dikala cuaca panas..=)

Bandung cincau di order oleh mama..

Roti bakar with butter and brown kaya..saya punya

Popiah Goreng, mama order..

p/s : sedang mengoogle lagi mana kopitiam yang best kat KL ni..=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...