7/14/2010

Pappa Rich, Bangsar


Last friday tengah duduk-duduk online kat rumah tiba-tiba teringin nak try Pappa Rich kopitiam lah pulak..Pujuklah mama jom keluar kita makan-makan kat Pappa Rich, pujuk punya pujuk yes!! mama and baba setuju..=)

Malam tu memang terasa nak pergi berjalan jauh sikit so dayah ajak pergi yang dekat Bangsar, padahal dekat kawasan rumah ni ada je..hahaha!! kan dah bilang saja nak jalan-jalan malam tu..Baba mula-mula cakap asal jauh sangat, yang dekat tesco punya sudahlah (yang dekat tesco tu bukan Pappa Rich tapi Hailam Kopitiam kalau tak silap, orang tak nak kat situ, adoii) lepas tu dayah bagilah alasan dekat situ tak naklah kali ni nak try Pappa Rich kopitiam..hehe!! last-last sekali baba akur and bawa jugak pergi Bangsar..hahaah!! aku berjaya..=)

Mungkin niat nak belanja diorang, so sampai je terus dapat parking betul-betul depan kedai..=) so taklah jenuh nak pusing-pusing kan..Nanti kalau pusing-pusing cari parking dari boleh makan kat situ terus pergi tempat lain pulak kan..=)

Ni first time dayah try Pappa Rich, boleh tahan gak makanannya..Serving pun besar, silap-silap boleh makan for 2 persons lagi..Malam tu dayah saja nak lepak-lepak sambil borak-borak sebenarnya so taklah order yang heavy cuma air and roti bakar je..

Jom tengok gambar makanan yang kami order:

kopi (sama mama and baba punya)

Milo dinasour..arghhh!! takutnya minum air ni..Saya punya..

Tak ingatlah nama air ni, rasa boleh tahan jugak and di order oleh cik Fizah

Dry Koay Teow with Foo Chok, Fizah yang punya..

Roti Bakar with butter & kaya, order 2 set..

Roti bakar with peanut butter, saya punya..

tunggu makanan..

                                                
       menikmati hidangan..

Tak lah lama sangat kami lepak (tengok siapa cakap dengan family tak boleh lepaking, hahahaha!! boleh je..lagi best) sebab semua dah ngantuk sangat masa tu..

boleh bagi 4 bintang lah kat Pappa Rich ni..=)

7/13/2010

Strawberry, Cameron Highlands

Last saturday lepas pergi Kuala Kubu Baru kami sekeluarga malas nak terus pulang KL..Nasib baik sebelum tu dah prepare bawa sikit baju so baba pun ajaklah naik Cameron Highlands, cadang nak sewa hotel kat atas and habiskan weekend kat sanalah..Sampai je masa tu dah pukul 4:30 petang lepas makan kami terus cari mana-mana hotel yang available..Habis sampai ke Brinchang mencari hotel tak ada satu pun yang kosong and yang ada pun penthouse, honeymoon room and suite, harga semua bilik tu RM500 ke atas..Memanglah kami tak ambik kan sebab sampai dah lah dekat nak malam, stay pulak just for one night je memang tak berbaloi langsung lagi pun mahal gila..

Tak taulah apa event yang ada dekat cameron tu, habis semua bilik full..Kebanyakkan hotel ada rombongan..So dengan perasaan hampa berkecai berderai nya kami pun cadang nak turun KL je lah tapi sebelum tu sempat singgah dekat sebuah kedai ni, Dayah tak sure apa nama kedai ni tapi memang bestlah sebab ada jual souvenir and ada cafe jual makanan berasaskan strawberry..Tak silap kedai ni baru je buka..Kalau sesiapa nak mencuba makanan dekat sini, landmark untuk ke kedai ni ialah Hotel De La Fern..Memang betul-betul bersebelahan.. 

Jom tengok apa kami order masa dekat kedai ni:


strawberry waffer with ice cream and strawberry jam..boleh tahan, thumbs up!!

Strawberry milkshake..servingnya tak sepatutnya begini disebabkan time tu mula2 nak take away lepas tu tak jadi so beginilah jadinya..Servingnya yang untuk dine-in siap ada strawberry tercacak tepi glass..T_T

Scones with cream and strawberry jam..Set ni sekali dengan tea, tapi mama pilih coffee..=)

coffee yang sekali dengan scones..

Fries

Suasana dalam kedai..cantik!!

Dah kenyang isi perut kami bergambar depan kedai ni, jom:

ala2 dekat luar negara..=)


Dah lepas makan kami pun cadang nak turun KL sebab waktu tu pun dah pukul 6:30..Masa on the way turun tu baba and mama sempat beli sayur dulu untuk bawah turun, alang-alang dah sampai sini kan..

Kami sampai KL dalam pukul 11:30 jugaklah sebab on the way tu hujan so tak lah bawa laju-laju sangat..Haaa!! lupa masa kami baru sampai dekat Cameron hujan lebat, agaknya sekarang ni tengah musim hujan, masa nak turun tu pulak renyai-renyai je hujan..Memang best kalau dapat stay kat sanakan..T_T..Redha je lah kena balik KL..



7/12/2010

Ferrero Milkshake

Pagi tadi masa pergi Tesco nak beli barang terasa pulak nak buat milkshake balik rumah nanti..Apalagi saya grab lah apa bahan-bahan yang patut nk buat milkshake, tak banyak sangat pun bahan-bahan nya yang penting kena ada ice cream

Kali ni saya nak buat milkshake ferrero rocher pulak, kalau biasa kita buat starwberry, chocolate and vanilla kan..Dah muaklah flavour-flavour tu lagi pun idea and recipe ni datang masa saya bercuti ke Australia baru-baru ni..Masa tengah jalan-jalan dekat shopping complex saya tengok ada satu gerai ni jual milkshake macam-macam flavour and dia bagi try, fuhh!! sedap sangat so kami pun belilah satu perisa ferrero rocher, ada macam-macam lagi contoh macam twix, cadburry, crunchie ehh!! dipendekkan kata memang macam-macamlah and semua nampak wah!! tempting sangat..Saya ni memang pantang tengok gerai yang jual minuman macam ni, mesti nak try sebab saya memang suka air-air macam ni..Jadi kalau nak belanja saya taulah eh!! mana nak bawa..hehehe!!

So masa minum tu kan saya dapat idea, nak buat air ni bukanlah susah sangat..Iyalah kalau beli dah berapa kan tambah pulak sikit je, kadang-kadang tak puas minum..

Jadinya saya pun tadi mencubalah milkshake ni and guess what?? jadi dan rasanya sebijik macam yang saya beli tu..hehehehe!!=)

Mari tengok cara-cara yang sangat mudah untuk mendapatkan milkshake yang sedap:

Bahan - bahan:

ice cream vanilla, apa2 jenama pun tak apa tapi lagi sedap kalau pakai wall's or nestle lah..make sure kalau milkshake ni kena pakai vanilla ice cream sahaja jangan flavour lain tau..

susu kalau boleh full cream lah kalau nak low fat pun boleh je tapi mungkin rasanya kurang enak sikit..Apa2 jenama pun boleh asalkan susu..

ramuan penting kalau nak buat ferrero rocher milkshake..Ferrero Rocher (ada masalah btl nak taip ferrero ni tau)..


kalau sesiapa yang nak guna snickers pun boleh je..terpulang kepada citarasa sendiri (wah!! ala2 chef tau cakap)

nak guna ni pun boleh..

jangan lupa blender, kalau tak macam mana nak blend semua bahan-bahan tadikan..Blender ni pun apa2 jenama boleh asalkan boleh berputar..hahaha!!

Cara-cara membuatnya:


masukkan semua bahan-bahan tadi..Kalau nak tambah ice pun boleh jugak tapi make sure jangan terlalu banyak okay..

blend kan sampai semuanya hancur okay..

dah selesai kerja blend and dah hancur semua bahan2 tadi bolehlah tuang kan ke dalam cawan macam ni..lebih menarik hiaskanlah dgn ferrero rocher..=)

tadaaaa!! dah siap pun Milkshake Ferrero Rocher..guna glass yang tinggi macam ni lagi nampak menarik..=)

Itulah dia recipe nya..Senang bukan, so lepas ni buat sendiri je dekat rumah tak payah nak beli-beli lagi..

Selamat mencuba kawan-kawan..


7/11/2010

Teater Cuci The Musical 2


Hari tu mama terima surat dari astro, kat sini tertulis yang mama entitle for 2 tickets pergi tengok teater Cuci The Musical 2..Disebabkan mama dan baba tak minat dengan teater so mama bagi kami 2 beradik pergi tengok..hahaha!! kami apa lagi mestilah on sebabnya kami ni memang teringin nak tengok teater, nak-nak pulak tu dekat Istana Budaya..=)

Memandangkan ini free, siapa tak suka dengan benda free kan, kan..hahahahahah!! Sebelum tu kena lah call dulu orang yang berkenaan untuk dapatkan ticket..

So 26hb ni dapatlah kami tengok teater..weeee!! sukanya..=)

7/09/2010

World Cup 2010 - Spain vs Netherlands


World Cup dah nak sampai final pun..Kejap je masa berlalukan, rasanya baru je lagi start tapi rupanya dah nak habis pun world cup..Lepas ni mesti rindukan iyalah kalau time world cup ni lah orang tidur lambat, kedai mamak penuh dengan orang tengok bola and macam-macam lagi gelagat sempena WC ni..

Dayah pun start suka nak tengok bola ni masa WC 4 tahun lepas..Masa tu terbaca dalam paper pasal KAKA pemain brazil tu, tengok mamat ni handsome pulak, biasalahkan..heheh!! tu yang terus minat and pasukan pilihan dayah time tu of course lah Brazil..Masa tu adik dayah masih lagi tak minat bola so yang tengok WC time tu dayah sorang je, layan sampai pagi buta semata-mata nak tengok kaka beraksi..hahahah!!

Habis WC dayah still ada minat nak tengok bola lagi, so team pilihan dayah sekarang ialah Liverpool..Adik dayah pun dah start minat bola so boleh lah menonton sama-sama..=) taklah bosan sangat kan..

WC tahun ni boleh dikatakan semua match dayah, baba and fizah tengok..Cuma kadang-kadang yang awal pagi nya match tak dapat nak tengok sebabnya mengatoklah nak tunggu lagi pun bilik dayah time nilah astro nak buat hal kan, decoder rosaklah..T_T ..

Tak sangka tahun ni team-team yang kuat semua dah keluar dulu, nasib baik Spain masih lagi bertahan sampai ke final dan hopefully bakal jadi juara untuk WC tahun 2010 ni..Dayah dari England ke Brazil, langsung terus ke Spain last sekali..hahahaha!!

Final ni dayah cadang nak pergi tengok dekat luarlah, nak jugak rasa suasana tengok bola ramai-ramai..Tak pernah experince lagi ni..=) Nak jugak tengokkan Spain menang..hahaha!!

pemain favourite dayah..Fernando Torres..=)

Tak lupa jugak nak tengok match between Germany and Uruguay 11hb ni..=) kalau untuk 3rd place ni dayah pilih Germany..

p/s: tido bola, makan bola, minum coca cola..tipu je, tengok WC tak pun minum coke, minum teh tarik adalah..hahahahahah!!

7/06/2010

Fridge Magnet

Masa dulu-dulu kan, tak lah dulu- dulu sangat sebenarnya cuma kira dulu lah jugak..=) saya tak pernah pun terfikir nak kumpul fridge magnet ni, tercetusnya idea ini, wah!! powerkan bahasa melayu saya, okay idea ni datang dari sepupu saya sebenarnya..Dia memang pengemar fridge magnet, mana negara yang dia pergi mestinya dia beli satu, so bila dia holiday saya pun apa lagi kirimlah kan..=) Bila datang rumah dia lawa pulak tengok fridge dia sebab banyak fridge magnet dari negara-negara yang berbeza so saya pun macam nak mengikut jejak langkah dia dengan mengumpul fridge magnet..

Buat masa sekarang ni tak banyak lagi FM yang saya dapat kumpul..No worries, slow-slow nanti lama-lama penuhlah tu satu fridge dengan FM, kalau dah tak muat takpe jugak boleh beli fridge satu lagi..hahahahah!!

Marilah tengok FM yang saya dah kumpul..tak banyak mana pun, sila tegok:

kita mula dengan dalam negara punya dulu eh!! ni last year beli FM dr Cameron Highlands..

dari Sabah..

Langkawi

Perth, Australia

Fremantel, Australia

Souvernir dari sepupu..

Souvernir dari kawan baba..

Itulah koleksi yang saya ada buat masa sekarang ni..Coming soon banyaklah tu..hehehe!!


7/05/2010

iCIMB event ( EBD Tigger show) part 2..

Lepas je performance tu dayah sempat jugak tengok few performances lagi dari department2 lain..Memang bestlah diorang semua, sporting habis..Masa diorang announced yang group kami menang sempatlah dayah and dancers yang lain naik pentas and ambik hadiah serta bergambar..Sorrylah gambarnya tak ada..

Habis je event tu dayah sempat lepak jap dengan kawan-kawan yang lain dekat office..Best time ni sebab dapat bergambar sakan dengan diorang semua..missed u guys!! =(

Jomlah kita layan sikit gambar-gambar yang sempat di ambil..=)

acara minum air dalam botol susu..






wah!! ayam eh salah chicken wings..



bersama hadiah yang dimenangi..

rindunya dengan mereka semua ni..=)




and the winner goes to..yeah!! me, its me..=)

Semuanya dah tinggal kenangan, omg!! terasa rindu lah balik especially dengan diorang ni..
Miss u guys so much..=(


7/04/2010

Lauk Kampung..

Wow!! 3 minggu saya tak update blog ini kan..Kesian dia sorang-sorang sampai dah bersawang sana sini..Bukan tak nak update tapi seminggu saya tak dapat line internet sebab berada di bumi orang, itu nanti saya buka entry lain okay, lepas tu seminggu yang lagi saya busy, busy tidurr!! hahahahaha!! dan seminggu lagi busy dengan tidur gak..hahahaha!! Okay2!! berbalik topic diatas hari ni saya nak cerita tentang lauk melayu yang mama masak..

Dah lama sebenarnya tak dapat makan lauk melayu yang sedap, dahlah seminggu dekat Australia asyik makan salad, sardin, telur sebabnya tak jumpa kedai yang jual daging or ayam yang halal padahal ada je cuma kami je yang tak jumpa so itulah makanan kami sepanjang dekat sana..

Itu yang balik je Malaysia hari Khamis baba pergi beli lauk-pauk dekat pasar tani and dengan air tangan mama terhasillah ini semua:

pucuk ubi masak lemak..=)


sambal tumis ikan bilis..=)


ikan goreng..=) kegemaran saya!!


ikan kering, saya tak pastilah nama dia apa tapi yang pasti sedap..kalau nak tambah kewangian dalam rumah silalah goreng ikan ini..=) serious wangi..hahahahah!!


nasi putih yang masih panas..=)

Kalau dah orang melayu tekak ni mesti nak makan lauk melayu punyalah walaupun seseorang tu punya favourite food dia pasta, pizza, steak..=)

Terliur rasanya masa tengah update blog ni..laparlah, nak pergi makan..;-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...