4/17/2010

Satay nitey (10 April 2010)

Event: Satay nite + parents annivesary
Venue: Pandan Indah (rumah sendiri)
Date: 10 April 2010
Attire: Simple sahaja
Guest: 4 orang sahaja


Sebenarnya ni pun planning last minit since tempat pembakar ni belum di simpan..Disamping tu kami celebrate sekali annivesary mama and baba..The day before lepas ambik baba dekat office terus pergi Tesco beli barang-barang..Malam tu jugak baba marinate sate-sate tu..Sorang je dia buat, semua temankan tapi temankan tengok tv..
The next day tu baru mama prepare untuk kuah, dan segalanya lah and baba cucuk sate..Penat tau nak cucuk sate ni, nasib baik tak banyak sangat..Macam manalah kan orang yang berniaga sate tu, mau jenuh diorang nak cucuk-cucuk ni..


disediakan oleh puan lili cuma yang sambal kicap tu dayah yang buat..

hasil kerja tangan encik salleh cuma sausage tu dayah yang cucuk..

Lamb burger..sedap!!

teh 'o' ais yang WAJIB..

marshmallow nak bakar lepas tu makan dengan chocolate..

air serai untuk sate..

2 anak wak sate cuba membakar sate..

kami lulus ujian membakar sate..let's celebrate it together..

lain kali guna cooking choc ye, jangan guna cadbury sebab nanti dia hangus..hahaha!!

hasil kerjasama antara dayah and fizah..inilah hasilnya, Pembersembahkan......

tak ketinggalan untuk jiran rasa..

kalau dah tamak memang tak boleh buat apa lagi dah..terima je

marshmallow di bakar..

Pukul 12 tengah malam baru habis event ni tau..Sempat lagi dayah borak-borak dengan jiran sebelah sampai pukul 2 pagi..Syok sangat borak sampai tak sedar..=)

Gambar mama and baba tak dapat untuk disiarkan due to technical problem, ehh!! tak lah adalah sebab-sebab yang memang tak dapat nak elak kan pun..

Harap kalian enjoy dengan gambar-gambar yang ada ni..

p/s: buat-buat lupa pasal diet..;-)

HAPPY ANNIVESARY MAMA ADN BABA..WE LOVE THE TWO OF U SOOOO MUCH..muahhxxx!!

Pekanbaru Trip - day 3 and 4

okay mari-mari sambung kita sambung trip dayah di Pekanbaru hari tu..Aiyoyo!! macam sudah basi je, harus dibuang terus di tong sampah macam ni..Tapi tak sampai hati pulak kan..(memanglah sebab cerita sendiri tak akan nak dibuang kan kan kan??!)

Baiklah hari ke-3 di Pekanbaru kami tak banyak sangat aktiviti..Macam biasa kena bangun pagi sebab breakfast sedang menunggu di bawah..Rugi kalau tak pergikan FREE kot, yang bestnya dayah and fizah sekali free so 4 ORANG FREE OKAY..selalunya kalau extra 2 orang kena bayarkan tapi ni tak perlu..Dah jimat di situ kan..

ni saya punya breakfast, tak kesempatan nak ambik yang lain punya..sebab utama ialah, belum sempat nak snap diorang dah makan dulu..

muka2 sedang breakfast..maaf gambar baba tak nampak, ni kerja si budak fizahlah ni..

Lepas breakfast cadang nak ke mall, saja nak belanja =)..Tengah tunggu teksi manager room kalau tak silap dayah dia datang and approached kitaorang..Borak-borak, lepas tu dia tanya nak kemana so baba pun cakaplah nak ke sudirman square..Sebabnya nak pergi sini, masa first day sampai dayah tengok sudirman square ni macam best je so cadang nak singgahlah tapi bila manager tu cakap sudirman square actually office, nothing special dekat situ so dia dengan baik hatinya (dahlah handsome..ishh!! ishh!! hot betul masa ni) telah memanggil shuttle hotel tu untuk hantar kami pergi ramayana mall..Okay dekat ramayana ni macam-macam ada, kain and everythinglah..Kami tak beli apa-apa pun, sekadar jalan-jalan cuci mata..pedih mata masuk habuk masa on the way tadi..=)

Depan ramayana ni pun ada lagi shopping complex, sorry dayah memang tak ingat apa nama mall ni..Masuk-masuk jumpa A&W so dengan nada yang sangat baik mintak baba singgah sini sebab alasanya dahaga nak minum float..hahah!! sebenarnya saja je, tak dahaga pun..tipu tipu..okay!! tak baik tipu-tipu tau..Tengok menu lama jugak tenung nak makan apa, lepas tu tengok harga sambil kira duit dalam tangan ada berapa, cukup atau tidak..Last-last sekali dayah order waffer and float..Waffer ni best sebab dalam cawan, tak silap waffer sundae, plus ada ice cream and strawberry sauce..fuhh!! lazat tidak terkira..Mama and baba minum root beer je..Fizah fries, hahaha!! kenakan nama tu..so taulah kan dia makan apa..


kunun2 tunggu teksi..dusta semata..hhaa!!

heee=) mama senyum tak payah naik teksi..

angin kuat sangat so dayah macam dah senget kan plus dayah memang senget pun orangnya..=)

orang tua2 pernah berkata: orang tamak selalu rugi..jadi jangan tamak tapi sila jealous sebab saya ada 2 makanan untuk dimakan..

fizah fries..i loike that name fizah ;-)

pada mulanya tangan meraba sambil muka berpaling.....

kemudian itu mama telah mendapati apa yang dirabanya SUDAH HABIS..terus buat muka ini..
dialog dalam hati: tak sempat nak makan dah habis..

Tak lama pun lepak dekat sini..Jalan-jalan dalam mall lepas tu terus balik naik teksi..Dari tengah hari sampailah ke petang baru keluar balik pergi makan..Malam ke3 ni kami tak mau makan nasi padang lagi jadinya kami jalan kaki pergi ke mall makan dekat food court..Baba ada order roti cane (orang sana tulis macam ni dekat menu) dengan kari kambing..Roti canai dahlah frozen punya, kari kambing wah!! macam air sebab tersangatlah cair dan bila di tukar ke mata wang malaysia RM7.00 hinggit..arghh!! mahalnya..Baik dekat malaysia, kalau 7 hinggit ni boleh makan 7 roti canai (ambik kau sampai muntah-muntah makan)..

Nak balik dari mall tu pun kitaorang jalan kaki jugak, exercise sikit lepas makan..On the way nak balik tu happening sikit sebab kiri kanan ada gerai-gerai makan sedang beroperasi..Diorang ni berniaga malam, macam dekat KL..

Sambung ke day 4..Hari ke-4 hari untuk berehat sepenunya..Maksudnya hari ni memang kitaorang lepas je breakfast terus naik bilik and berehat sampai tengah hari, keluar pergi makan nasi minang..Lagi pun the next day dah nak balik..Malam tu baba ajak dinner dekat hotel...


Burger tu mula-mula order satu lepas tu sedap dayah order satu lagi..since milkshake fizah paling lambat sampai so tak ada gambar..Milkshake Strawberry..

kusyuk baba makan sebab SEDAP..tak caya pergi try

curi makan nampak..

sedappppp!!




4/16/2010

busy

Niat nak update blog ni dari sehari ke sehari tapi tak jadi-jadi..Dah bersawang sikit macam sarang labah-labah, so dayah nak pergi bersihkan dulu lepas tu nanti dayah akan sambung trip ke Pekanbaru tu okay..Tengok cerita dah basi baru nak update kan..ishh!! ishh!! teruk betullah dayah ni..

Actually minggu ni dayah busy dengan interview and phone called dari banyak orang..Jadi capai laptop just untuk update fb je kejap nak menulis lama and panjang harap maaf siaran tergendala..

Hari ni tengah hari nak temankan mama pergi Subang sebab nak pergi tengok akaun..eh!! silap-silap nak pergi tutup akaun..Dah berkurun akaun tu terbiar je, pihak bank boleh diamkan je lepas tu ada duit pulak dalam tu..Nasib baik dengan kepintaran ayahku telah menyiasat yang mengalahkan edisi siasat ntv7  dapat tau yang dalam akaun tu masih berbaki lagi..Pihak bank tak inform apa-apa pun..careless sungguh lah mereka ni..

okaylah nanti weekends ni dayah update lagi blog hijau ni okay..

chin chau semua..

4/12/2010

Kena Langgar..

Tengah duduk-duduk tadi dayah teringat satu peristiwa..ehh!! entri Pekanbaru tak habis-habis lagikan, takpe kita cerita nanti eh..Okay berbalik dengan peristiwa yang menyayat hati ni, eh tak sangat menyayat hati tapi menyentuh hati dayah..

Masa berlaku ni dayah masih tengah berlajar lagi..Selalu kalau pergi class dayah senang bawa kereta kancil sebab senang nak parking, parking tu kecik pun kalau adjust betul-betul muat kancil berbanding dengan kereta honda..So nak dijadikan cerita masa kejadian tu dayah entah kenapa tergatal pergi bawa kereta honda, sebelum tu mama dah nasihat JANGAN PERGI MANA-MANA, so maksudnya pergi class lepas tu balik jangan nak merayau ke mana-mana..Pergi giant pun jangan sebab tempat dayah dekat dengan giant..So dayah cakap okay..

Tetapi bila dah sampai kolej, dah jumpa kawan-kawan lupa tau apa yang mama nasihat..Jadi masa tengah break, kawan dayah cakap jom kita pergi giant..kan mama dah cakap JANGAN WALAUPUN GIANT..So dayah pun angkutlah kawan-kawan dayah pergi giant, masa dekat carpark tu dayah pusing-pusing nak cari parking yang dekat-dekat, tiba-tiba ada satu kereta nak keluar so dayah pun tunggulah, by the time tengah tunggu tu -okay kalau nak masuk parking kita mesti tunggu belakang kereta orangkan- Tengah syok-syok tunggu boleh pulak ada kereta dia pergi undur kereta, BOOMM!! arghh!! masa tu semua dalam kereta menjerit, kereta dayah dah lah tak ada hon so tak boleh nak hon, nak undur tak sempat sebab panic punya pasal..Menggigil jugak time tu, terus dayah keluar kereta..Adoii!! kemek tau..Dia pun keluar..Dayah cepat-cepat masuk parking jumpalah minah ni, boleh dia cakap dia tak nampak ada kereta belakang kereta dia..punyalah besar kereta boleh dia tak nampak..Sibuk dia nak blamming dayah..Nasib baik ada kawan dayah yang berani telah membahasa kan dia sikit, sebab masa tu dayah tengah menggigil, first time kena langgar kot..

Adalah few orang kerumun, biasalah kalau dekat malaysia ni kan kalau ada orang kena langgar ke ada je yang nak busy body, kalau nak tolong takpe gak, ni tak, boleh dia borak-borak dengan kawan dia pasal tayar kereta dayah..

Malam tu terpaksalah dayah pergi oldtown sebab si minah ni suruh dayah pergi oldtown sebab tunang dia kerja sana, kira nak settlekan lah..Masa tu ayah dayah pun cakaplah macam ni macam tu, dia still lagi nak blamming kan dayah so apa-apa jelah..Minah ni pyscho lah sama je dengan tunang dia tu..geram betul..Okay kitaorang buat deal, dia bayar half dayah bayar half..Okay kira settle, tunggulah dia masukkan rm200 tapi dia tipu kami so dia masukkan rm100 je..Bila call dia tak jawab..So sampai sekarang kami tak halalkan rm100 tu, biarlah dia..

Sampai sekarang dayah benci sangat-sangat kereta SAVVY COLOUR MERAH..

Jadi moral of the story: Kalau mak atau ayah nasihat tu baik kita dengar kalau tak dengar nilah jadinya..Taubat tau..

4/09/2010

In-House BBQ

Macam lama je tak update blog ni kan, bukan apa busy sikitlah..Okay meh kita dengar cerita tentang bbq..Last saturday dayah sefamily buat in-house bbq..Sebenarnya idea ni last minit dapat, baba cakap "eh!! jom kita buat bbq malam ni" so kami pun "okay boleh je"..So petang tu pergilah tesco beli barang-barang..Kalau nak buat bbq ni lamb mesti wajib ada, barulah sedap dan terangkat serta bermakna bbq tu..Selain tu mama ada beli ayam, merinated guna rempah tandoori, beli yang dalam packet je..Lepas tu baba beli ikan jenahak, saja nak bakar ala-ala dekat kuala perlis, kedah..Cerita pasal ikan bakar dekat kedah ni kan, ada satu gerai on-the-way nak ke jeti Kuala Perlis jual atau bakar ikan bakar yang kami rasa tulah satu-satunya ikan bakar paling terbaik pernah kami makan, susah nak dapat macam tu dekat KL ni..Gerai ni senang je cari betul-betul bersebelahan dengan Station Shell, dan dekat situ memang tempat jual ikan bakar je..Kedai yang dayah maksudkan ni nama dia Roslina..Memang cara bakar ikan ni lainlah dari yang dekat sini..Lepas tu kari dia pun wah sangat sedap tau, plus sambal belacan and air asam yang wah superb tau..Kalau kami ke Kedah mesti singgah sini makan..

Okay nak cerita pasal bbq tersasul sampai ke ikan bakar lah pulak..So untuk marinate semua bahan-bahan ni siapa lagi kalau bukan encik salleh lah, dia memang pakar dalam bab-bab marinate ni, tukang potong pulak puan lili, and tukang habis kan semua makanan siapa lagi kalau bukan dayah and fizah..Sambil bakar-bakar tu borak-borak dengan jiran sebelah lepas tu kami tak kedekut tau, siap bagi lagi dekat jiran..hehe!! banyak tau bagi..

Jom layan gambar-gambar masa bbq..;-)

bahan2 untuk dibakar

selain tu ada jugak sausage and ketam untuk dibakar..

sauce yang wajib ada kalau kami buat bbq..

sambal kicap untuk cicah dengan ikan..dayah buat sendiri tau sampai pedih2 tangan sebab terkena percikan air cili tu..

cadang ni nak buat skewer tapi lidi lupa beli so bakar macam tu jelah..

teh 'o' ais wajib ada..


api baru nak start warm-up..

budak ni bagilah makan banyak mana pun, asyik lapar jeeee..

sedang dibakar..tunguuuu!!

kami panggil anak orang asli..hahahah!!

close-up sikit..

tak sabar2 nak makan, nilah jadinya..

gelagat kami..

dah siap, sedia untuk dimakan..

tak jadi skewer, macam ni pun jadilah..asalkan dapat makan kan..

habis semua dibakar..


p/s: okay pada malam tu diet dayah memang habis, nak jadi vegetarian..lupakan seketika..berkorban demi bbq ni..hahahahah!!

4/07/2010

Nasi kandar oh Nasi kandar..

Kali ni kita buka entri pasal tempat makan pulak eh..Ini kira tempat makan paling kami sekeluarga suka atau minat sebabnya kalau mama malas masak normally kalau hari ahad mesti tempat makan ni jadi sasaran kami..Kedai ni namaya Restoran Kudu bin Abdul, pure nasi kandar dari penang tau..Alaa, located dekat Jalan Tunku Abdul Rahman, betul-betul depan Tune hotel and Maju Junction mall..Memang makanan dekat sini superb lah sebabnya dah banyak kali jugak kami try nasi kandar tapi susah betul nak dapat yang sedap, pergi penang pun susah nak dapat yang original nya melainkan nasi kandar Line clear lah..Masalahnya kalau pergi penang tak pernah nya dapat makan nasi kandar Line clear ni, mana taknya 24 jam tak clear-clear..entah bila yang tak ada orang pun tak taulah, yang tak tahan tu kena beratur mak aii panjangnya..

Kedai nasi kandar ni popular dengan Ayam sambal, fuhh!! memang terbaiklah, sedap makan dengan nasi putih panas-panas bertemankan cili hijau (kalau makan nasi kandar wajib kena ada cili hijau untuk digigit)..Kedai ni jugak dah lama beroperasi, bayangkan masa arwah nenek dayah ada lagi..Mama cakap masa dia muda-muda selalu pergi makan dekat sini kira semua kaum kerabat mama makan dekat sini lah, sampai ke anaknya pun dia ajak makan..Bukan ayam sambal je yang ada tapi macam-macam lagi choices, nak ketam ada, ikan ada, ayam goreng ada, daging ada dipendekkan semua ada..=) Tapi kalau kami datang selalunya makan ayam sambal and hati goreng, 2 lauk ni je lah..Kalau buka puasa pun lauk ni jugak, take-away pun lauk ni jugak..

So kepada sesiapa yang memang terasa nak makan nasi kandar makanlah disini ye..;-)
Meh dayah tunjukkan gambar..

orang beratur sampai ke sebelah sana punya panjang..dayah taklah ambik gambar beriya2 sebab ramai sangat orang, duduk pun dapat dekat luar sebab dalam penuh..

inilah dia ayam sambal..sedap okay, femes pulak tu..

hati yang digoreng garing, walau dayah ni tak makan hati ayam tapi tengok pun tau garingnya..papadom jangan risau satu pinggan dia kasi..

nasi..


p/s: terliur rasanya bila tengok nasi and lauk-lauk ni TAPI...INGAT DAYAH AWAK SEDANG BERDIET, LUPAKAN OKAY..sob sob sob!! :'(

4/02/2010

Pekanbaru Trip - day 2

Okay meh sambung day 2 dayah dekat Pekanbaru..Pagi-pagi dah kena bangun sebab nak pergi breakfast..Perut ni kan lain macam tau kalau pergi holiday, bangun pagi je dah start lapar padahal malam sebelumnya dah makan bagai nak rak sampai taubat tak nak makan lagi tapi bila pagi nak cepat-cepat pergi breakfast sebab tak tahan lapar..Pagi tu breakfast okay jugaklah, macam-macam jugak yang ada..Dayah makan main course lepas tu cereal, sebab main course je pun dah heavy..




Lepas dah habis makan, duduk-duduk kejap dekat lobby..Baba tanya dekat receptionst tu dekat sini tempat untuk shopping barang-barang macam kain dekat mana so dia kenalkan kami dekat pasar bawah, kalau dekat Bandung pasar baru ni bawah nak dekat-dekat sama..So dari hotel kami ambik teksi, kejap je sampai tak sampai 10 minit pun..Macam-macam jugak ada di jual, dayah tengok banyak jual kain ela, macam-macam corak and boleh tahan cantik..Lepas tu adalah jual periuk, carpet, barang perhiasan rumah, aksesori wanita, handbeg, kasut and macam-macam lagilah..Masa kami pergi tak ramai mungkin sebab orang tengah berkerja kan..Pasar bawah ni jugak mungkin tempat untuk orang sekitar Pekanbaru ni shopping barang keperluan sebab berpatutan jugak harga nya..Kami tak beli apa-apa pun sebab tak ada cadangan pun nak shopping cuma nak jalan-jalan tengok-tengok je..


berehat lepas breakfast..


lobby hotel..

Pasar bawah, tak ambik pun dalam pasar ni..

Sebelum balik hotel kami singgah di Ciputra mall pulak..Kami pergi supermarket sebab nak beli sikit makanan untuk dekat dalam bilik nanti..Lepas dah beli barang dayah and fizah nak jalan-jalan so baba nad mama duduk dekat food court dulu sementara tunggu kami tawaf satu bangunan ni, baba ada bagi duit sikit so sempatlah dayah beli air dekat Jco and donut 2..Jalan-jalan lagi nampak cekak yang cantik and siap ada discount lagi so beli rugi kalau tak beli ni discount pulak tu kan..hehe!!


beli dekat supermarket, dekat malaysia tak ada pun macam ni..Tapi rasanya tak sedap..

beli air dapat free satu so beli satu je lagi dapatlah 2 biji donut..makanan wajib kalau pergi Indonesia

KAMI...

                                     
mama beli kek ni sebab dia tengok unik, kecik2 je kek ni, boleh tahan sedap..Yang kami beli ni harganya 25 ribu, ada lagi yang mahal..

tengah tunggu teksi, dapat pulak driver yang boleh cakap melayu sebab dia selalu bawa orang malaysia..

Rasa macam dah lama berjalan-jalan tapi baru tengah hari so kami bilik dululah lagi pun tak tau dah mana nak jalan..Tengah hari tu kami tak makan pun sebab masing-masing masih lagi kenyang dengan breakfast lepas tu masa dekat mall adalah jamah sikit-sikit makanan..Balik kami lepak-lepak dalam bilik sambil tu sambung balik tidur..Lepas maghrib baru terasa lapar balik, kami tunggu sampai lepas isyak lepas tu keluar pergi cari makan..Cadang nak makan satay kambing tapi kami tak jumpa pun satay kambing so makanlah nasi minang, kali ni kami try kedai yang dekat sebelah kedai yang kami makan masa first day tu..Lagi sedap yang first day tu punya gerai..

                                 

                                                    
                                                    cara makanan dihidangkan kalau di Indonesia

                                                   
                                                      alpokat juice..siapa suka avocado okaylah..

Sambung day 3..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...