3/10/2010

Perth, Australia Trip part 5

Lepas dah penat satu hari suntuk berjalan-jalan di Fremantel, kami balik rehat dulu..Lepas isyak baru kami keluar balik pergi makan and jalan-jalan sekitar bandar Perth..Bestnyaaa!! sejuk malam tu tapi tak sesejuk masa first day tu..ni masih boleh tahan lagi, try-try tak nak pakai sweater, yes yes!! boleh tahan tapi kejap jelah..heheh!! Masa jalan-jalan ni sempat pergi satu kedai yang jual souvenir, kawan baba ada pesan barang sikit, sambil tu dayah pun apa lagi 'pau' lah baba suruh belikan beg yang ada tulis Australia, murah je..Lepas tu baba and mama ajak rehat-rehat jap dekat kawasan shopping center..

sunyi nya, best tau..




tengok-tengok boleh tahan..




kawasan ni banyak kedai jual baju, kasut, macam-macam lagilah..memang best punya


Pagi-pagi semua dah bangun sebab semua dah kelaparan balik, ni yang tak suka kalau pergi tempat sejuk ni, asyik nak makan je..Dah siap semua first thing kita pergi cari makan dulu..Kali ni kami makan dekat kedai yang second day kami makan tu..

fizah, tengah tunggu bus sambil makan lolipop..gila makan lolipop dekat sana..






pizza slice tu harganya 5 dollar, 15 hinggit duit kita wah boleh beli satu set pizza macam ni..susu tu pulak macam-macam flavour ada, dayah beli yang cappucino saja nak try and sedap..

Kenyang perut senang hati, lalalala!! sekarang barulah boleh mulakan agenda seterusnya, cehwah!! agenda macam dekat pejabat pulak..Hari ni kami planning nak pergi jalan-jalan dekat beach, tak pergi mandi cuma nak tengok and bergambar je..Dari Perth kena ambik train untuk ke Cottesloe beach, train yang sama nak pergi Fremantel..Ni antara beach yang paling dekat dengan Perth city center, nak pergi jauh-jauh takut kesuntukan masa pulak..Tak ingatlah berapa lama nak sampai ke beach ni tapi taklah lama sangat..Dari station tu nak ke beach ni kena jalan kaki dekat kawasan perumahan, berpeluh jugak nak menampaikan nya, mana tak nya boleh tahan jugak jauhnya lepas tu dahlah berbukit pulak tu..Nasib baik cuaca sejuk..












bangga-bangga, ada bahasa melayu..barulah faham dia tulis apakan..haha!!


jalan menuju ke pantai, kiri kanan residence..sunyi je rumah diorang ni macam tak ada orang..


ye ye!! sudah sudah nampak itu beach, lagi panjang langkah sebab nak sampai cepat..

Sampai je mama and baba cari tempat nak merehatkan kaki dulu, penat berjalan..dayah and fizah apa lagi turun ke beach lah, hilang penat sebab permandangan ya allah cantiknya..Kami pergi dekat kawasan batu-batu untuk ambik gambar, angin punyalah kuat..
















jernihkan air nya..








air sejuk ni sejuk gilerrr..macam ice cair


mama and baba duduk-duduk sambil makan epal, minum jus..

Dah penat main-main air baba ajak pergi minum dekat cafe, ada satu kedai ni jual makanan italian, kami tak berani nak makan sebab ada pork so duduk just minum coffee je lah..sambil tu ada satu kedai ni jual ice cream macam ala-ala baskin robin, perghh!! sedap gila..mula-mula kami beli satu ada 3 flavour, sambil minum coffee makanlah lepas tu kan rasa macam nak lagilah so baba cakap pergilah beli lagi pun murah je 10 dollar, hahaha!! lepas convert ambik kau 30 hinggit tau, sekali makan ice cream 60 hinggit..Tapi memang sangat sedap, walaupun tengah panas tapi angin sejuk bertambah sejuklah sebab kami tengah makan ice cream kan..


inilah dia ice cream nya..rasa nak pergi belilah pulak..





Dah lepas makan-makan ice cream kami pun nak balik dah, cukuplah rasanya duduk dekat cottesloe ni..adoii!! nak menapak lagi dari beach ke station..lala!! penatnya..




               padang golf, ada orang tengah main golf..




Bandung Trip Part 1

Bandung Bandung, bukan dayah tengah order sirap bandung tapi tengah minum air bandung terus ada idea nak update masa dayah pergi Bandung hari tu..Kali ni kali kedua kami ke Bandung, kali pergi saja nak berehat je lagi pun ticket beli masa last year masa Air Asia tengah buat promotion, murah gilerrr!! to and fro untuk 4 orang cuma RM 300 lebih je, murah kan?? Tapi sama macam trip yang pertama dulu, kitaorang turun Jakarta and dari Jakarta ambik bus ke Bandung..Kalau nak dapat ticket yang straight ke Bandung murah memang susah sikit, normally mahal je..Tak kisahlah turun Jakarta pun sebab sampai jugak kami di Bandung dengan selamatnya..

Okay, macam biasa setiap kali nak pergi LCCT kami lebih prefer naik bus dari bawa kereta, almklumlah parking fees dekat LCCT mahal lah, kalau pergi kejap-kejap okalh kot parking dekat sana..So 2 3 hari before pergi mama dah buat booking dekat pakcik teksi yang kami selalu naik tu, dia janji nak datang pukul 3 tapi 330 dia datang tapi tak apa lagi sebab still have time, flight pukul 9 malam..Lebih kurang 1/2 jam kami sampai di KL Sentral, datang-datang je bus dah ada yang ready nak gerak so baba terus ajak naik, ticket boleh beli dalam bus nanti..Dari KL Sentral ke LCCT ambik masa dalam 1 jam je..bus pun okay, yang penting aircond best sejuk, pemandu pun okay jugak tak bawa laju-laju..

 beg-beg yang dibawa..


muka-muka nak pergi jalan, baba punya picture lupa nak ambik..


perhentian bus dekat LCCT..semua jenis bus yang ke LCCT turun sini


Food Court dekat LCCT..besar

Entahlah setiap kali sampai LCCT mesti nak kena makan dulu, lapar je..Lepas turun je bus ambik troli terus ke Food Court..Punyalah kusyuk makan lupa nak ambik gambar masa dekat dalam food court..Before pergi baba ada masak sikit, kira makanan simple je so mama and baba makan makanan bekalan dayah and fizah pulak beli KFC..Seronok tau, makan-makan, borak-borak, nak pulak food court tu luas so taklah crowded sangat..Lepak-lepak kejap dalam pukul 6 kami gerak pulak nak pergi check in, nasib baik kami datang awal nak check in sebab queue wah!! panjang giler, adalah dalam 1/2 jam jugak kami beratur, penat gila kaki..Lepas dah check in lepak lagi sebab flight kami pukul 9 tapi masa tu baru pukul 630
so duduk kejap..Sempatlah dayah tengok gelagat-gelagat orang, macam-macam ragam..lepas tu queue nak ke Gold Coast jangan cakaplah punyalah panjang, counter siap buka sampai 3 tapi slow je..




Beratur, jangan potong queue..mama muka dah fed up..mat saleh belakang tu merungut dia..



Lepas dah penat duduk kami semua masuk ke boarding area..Macam biasa fizah diamanahkan menjaga pasport..Masa dekat imigresen ada jugak beberapa orang ditahan sebab bawa bahan liquid more than 100ml, dayah dah pernah kena dulu so serik setiap kali nak pergi overseas kena make sure tak ada satu pun bahan liquid bawa sebagai hand luggage..Masa masuk tu tak silap dayah baru pukul 8 so ada 1 hour lagi..



tempat menunggu (international)..ada cafe yang jual makanan yang sangat sedap..


queue, kapal terbang dah sampai!!


gambar tidak memuaskan, itu kapal yang bakal kami naik..


                              sempat lagi bergambar

Perjalanan dari Malaysia ke Jakarta lebih kurang dalam 2 1/2 jam..Kali ni kami semua tak order makanan sebab sebelum tu dah banyak makan so semua tak lalu nak makan lagi..Kami cuma tengok orang makan je..hehehe!!




boring dalam board, kita bergambar..


3/09/2010

Melebatkan rambut

Dayah nak bagi tips sikit macam mana kita nak lebatkan rambut, mula-mula tadi ingatkan nak update trip ke Bandung tapi kita hold dulu lah..Meh, sini dayah nak bagi tips yang tak seberapa sen ni..Dayah terpanggil, ceh ayat siap terpanggil entah siapa yang panggil pun entahlah..Tak adalah sebenarnya dayah saja nak berkongsi sebab dayah tengah mengamalkan nya pun, sekarang ni memang dayah tengah risau sebab rambut dayah banyak gugur, boleh dikatakan rambut dayah dah nampak kenipisannya so dayah pun cari- carilah apa solution untuk rambut gugur ni, seboleh-bolehnya dayah nak guna cara traditional sebab orang kata cara traditional lagi baik and murah kosnya berbanding kalau kita ke salon buat treatment..

Lepas cari-cari and ramai jugak yang recommend untuk gunakan santan, diorang cakap santan selain boleh lebatkan rambut santan jugak boleh menghitamkan rambut atau mengilatkan rambut..Memanglah baunya agak tidak menyenangkan si pemakai tapi hasilnya nampak berkesan jugak, so dalam 2 minggu ni dayah dah gunakan santan and alhamdullilah jugaklah sebab rambut dayah kurang sikit gugurnya..Cara untuk gunakannya senang je, beli kelapa kalau boleh perah sendiri lebih baik sebab untuk letak dekat rambut ni santan tu mesti pekat sebabnya kita nak kan pati santan tu tapi kalau nak beli dekat kedai yang dah siap perah pun tak apa jugak, sapukan santan tadi ke seluruh rambut and pastikan rambut jangan di bilas dulu dengan air sebab kalau santan kena dengan air santan tak melekat dekat rambut sebabnya santan kan berminyak kalau kena air dia licin kalau macam tu baik tak payah letak sebab tak meresap pun santan dekat rambut tu, lepas dah lumurkan semua rambut dengan santan and make sure santan tu terkena kulit kepala biarkan dalam 10-15 minit, lepas tu bolehlah bilas sehingga bersih sampai santan tu dah tak ada and bolehlah shampoo macam biasa..Amallan ni boleh dilakukan seminggu 2 kali, Insyaallah berkesan..Lepas ni sure bukan setakat rambut lebat tapi juga lazat untuk di makan sebab lemak macam kuah lemak rambut tu..Apa-apa pun selamat mencuba..



p/s : jealous tau tengok rambut orang yang panjang and lebat pastu hitam berkilat..Sebenarnya bahan-bahan masakan ni bukan setakat boleh dijadikan makanan tapi juga boleh dijadikan bahan untuk buat treatment..wah!!

3/07/2010

Perth, Australia Trip part 4

Betul tak dayah cakap yang dayah agak terlebih rajin malam ni, orang semua dah sibuk masuk tidur dayah masih lagi depan laptop ni nak jugak update blog ni..Kali ni dayah nak cerita masa dayah dekat Fremantel pulak..Fremantel ni terkenal dengan Fremantel Marketnya, kalau ke sini memang tak sah kalau tak ke market ni, macam-macam jugak ada jual antaranya Buah-buahan, Sayur, souvenir, baju, alatan dapur and kepada yang bukan islam tu kalau nak buat tatoo pun ada, untuk bukan islam je eh yang boleh yang islam tengok je boleh..Sebelum sampai di market tu sempat lagi dayah singgah kedai jual baju, teruja tengok 2 helai baju 30 dollar and bajunya semua cantik-cantik, nama kedai tu jay jays..sempat sambar 2 3 helai baju..sepanjang jalan tu banyak kedai-kedai makan, kedai baju, kedai yang jual rempah ratus, kedai alatan dapur and macam-macam lagilah..rasa semua kedai kami nak singgah sebab semuanya macam menarik je..

di Fremantel Railway Station












on the way nak ke Fremantel Market..


nampak itu signboard tunjuk dekat mana Fremantel Market..


yeah!! jumpa..


salah satu lagi entrance..


makanan india, masuk je market ni first thing first kena cari tempat untuk rehat sekaligus tempat yang mana kami boleh duduk and minum..Makanan india ni sedapnya, ada satu tu pedas and sedap giler..


mama and baba order coffee, dayah and fizah minum strawberry milk shake ni..okay dayah nak cakap sedap tau..


fresh fruits..


dalam Fremantel Market..




ceri yang berkilat..

Kami tak beli apa-apa sangat cuma baba sempat beli strawberry and epal, nak beli banyak-banyak pun takut tak habis beli untuk makan dekat hotel je..Selain itu dayah ada jugak beli souvenir untuk kawan-kawan and cousins dayah..boleh tahan jugak murah, mungkin disini dijual secara banyak tu yang boleh dapat murah..


tengah beli apa pulak mereka ni, cuba teka?? yeah betul beli makanan lagi, kali ni beli manisan pulak, kedai ni kedai india..


dayah sibuk membeli coffee, pergi mintak less sugar padan muka pahit giler..




Bandar Fremantel yang best..dayah suka tempat ni..


luar market, ramai orang lalu lalang..ada yang buat persembahan, jual painting, duduk-duduk and makan-makan, memang happening tempat ni..


rehat sementara tengok persembahan..




bandar fremantel..


stop kejap dekat kedai ni nak beli coffee, biji coffee yang kalau kita beli baru dia kisarkan..and kedai ni jugaklah yang banyak jual rempah ratus..


mahu pulang sudah..


Fizah sakan bershopping..




sejarah Fremantel Railway Station..

Habis berjalan-jalan di fremantel masa untuk balik ke Perth, lama jugaklah kami dekat sini..Dalam banyak-banyak tempat dayah memang suka sangat dengan Fremantel ni..Dari fremantel kenalah ambik balik train..Sampai je di Perth, memandangkan railway station dekat dengan salah satu mall so kami cadang saja nak jalan-jalan dalam mall tu pulak..tak beli apa-apa pun, saja jalan-jalan..masa ni sempat jugak tengok persembahan dekat luar kawasan mall tu..




Kami berempat, gambar credit kepada salah seorang budak sekolah ni, sibuk dia nak ambik gambar kami..
haa!! itulah nama mall yang kitaorang singgah sebelum tu..

Lepas dah rehat kejap, kami pun pulang..ohh!! ya, masa ni ada student dari Indonesia tengah lepak-lepak sambil bergambar..dari mall ni kami pergi semula ke Perth station untuk ambik bus red cat..Sampai je hotel of course rehat dulu sebelum fikir nak pergi makan dekat mana pulak malam tu..

next......part 5 dayah nak cerita masa pergi beach pulak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...