3/07/2010

Perth, Australia Trip part 3

Hahahaha!! rasa macam terlebih rajin lah pulak nak update blog ni every hour.. Kali ni dayah nak cerita lepas balik dari Harbour Town..Balik je kitaorang rehatkan kaki dulu sebab penat berjalan, tengok ajelah berapa kali berhenti duduk masa pergi King Park tu..Lepas pukul 8 perut masing-masing dah berbunyi balik minta di isi, mana taknya cuaca kan sejuk jadi perut ni akan terasa lapar je, memang balik Malaysia semua baju tak muat lah ni..Dekat Perth ni kalau malam dah sunyi banyak kedai yang dah start nak tutup, kalau kawasan hotel kami tu memang cepat kedai-kedai dah tutup..Nasib baik kedai kebab yang kami makan tengah hari tadi masih buka lagi, so dah tak ada kedai lain kami pun makan lah balik dekat situ, nak jalan pun malas nak cari kedai makan yang lain, Mc'Donalds ada tapi tak halal..Makan kebab pun kebablah, tapi one thing kebab dekat sini memang sangat lumayan, maksudnya bukanlah anda kaya kalau makan kebab ni cuma maksud dayah lumayan dengan ingredients..Memang kebab ni TERBAIK lah..Malam tu dayah and fizah cuba order nasi pulak and baba order burger, mama pulak dia tengok potion semua banyak-banyak so mama decide tak nak  order apa-apa nak kongsi je..Cuaca malam tu ishh!! sejuknya, menggil-gigil kami, dah pakai sweater pun still rasa lagi kesejukan, kira-kira malam tu adalah jugak dalam 11celcius dengan angin yang kuat..Lepas makan je semua cepat-cepat jalan nak masuk bilik, tak tahan dengan sejuk..

Nasi yang dayah and fizah order, sama macam yang makan waktu tengah hari tu..


Burger yang baba order, nasib baik order satu..besarnya boleh makan untuk 2 orang..sangat nyummyy!!


tak tahan sejuk..


baba and fizah maintain, mama dah tak tahan..

baba memanaskan badan..
menggigil-gigil masing-masing..

malam dah sunyi kawasan ni..

masuk dalam lobby hotel barulah okay sikit..

Balik je dari makan, semua dah start ngantok balik maklumlah perut semua dah full mata pun apa lagi start lah nak tidur..Tidur-tidur terjaga dah waktu subuh, Perth ni macam dekat Sabah Sarawak, cepat terang and cepat gelap..Memandangkan hotel ni kami tak ambik breakfast so bolehlah take time bersiap..

30 Oct 2009
Hari ni planning nak ke Fremantel Market di Fremantel, sebelum memulakan perjalanan kena isi perut dulu, so dah asyik makan kebab dekat tempat yang sama hari ni cadanglah nak cari makanan lain pulak so kitaorang naik bus red cat, memandangkan bus ni kan free so suka-suka hati je nak turun dekat mana, nampak je kedai halal terus bunyikan loceng turun..Cadang nak lah makan yang lain pulak tapi tengok yang ada kedai kebab lagi and adalah jugak kedai menjual makanan Indonesia tapi semua nak makan kebab lagi, tak jemu-jemu, makanan nya sama cuma kedai je yang lain..

Jalan-jalan cari kedai makan, alih2 jumpa kedai kebab lagi..


konsep kedai lebih kurang sama macam kedai yang dekat dengan hotel kami tu, yang penting bersih giler kedai ni..


Air order satu je sebab mama ada bawa bekalan air lagipun tak selera lah nak minum dekat sana sebab sejukkan..








mama dan air bekalannya..yang mama tengah minum tu air tomato and satu lagi tu air oren..masa hari first day tu kan pergi supermarket sempat beli air-air ni, murah tengah promotion 2 botol besar 6 dollar je, lagi besar dari air mineral..

 
Lamb roll with cheese okay, ya allah sedapnya tak dapat nak bayangkan, nak tau macam mana sedap ke tak kenalah pergi makan sendiri..


ni baba and mama order, tak ingatlah namanya tapi yang ni bagi dayah kurang sikit sedapnya, tapi mama and baba cakap sedap..


ni fizah yang order, tak taulah apa namanya tapi sedap..

Selepas semua dah rasa kenyang kami pun tunggu bus balik untuk ke Perth Station, dari sini kami nak ambik train untuk ke Fremantel..Harga ticket train ikut pada zon mana yang kita nak pergi contoh macam nak ke Fremantel kita kena ke Zon B, so tengoklah berapa harga untuk seorang and kalau pergi dengan family boleh ambik ticket untuk family punya..Harga untuk family 8 dollar and kalau individu 1.60 dollar kalau dayah tak silaplah..Mula-mula tu dayah confius jugak macam nak beli ticket ni sebab macam-macam zon ada..Ticket untuk individu valid untuk 2 hours contohnya kalau kita ke Fremantel and dapat balik semula ke Perth dalam masa 2 jam kita masih boleh lagi gunakan ticket yang sama tanpa perlu beli yang baru..banguskan??




baba dan spec mata hitam nya..


matahari memang terik tapi tak panas langsung, tu yang berani duduk dekat tengah panas..


kawasan luar Perth Railway Station..




nampak tak tempat yang ramai orang tu, itulah mesin untuk beli ticket..

Perjalanan dari Perth ke Fremantel dalam 1/2 jam je, sepanjang perjalanan kita boleh nampak kawasan perumahan, jalan raya, laut dan pelabuhan kira view tu memang cantiklah and tak boring..keadaan dalam train pun okay..

Sambung part 3 next entry.....

3/06/2010

Perth, Australia Trip part 2

Wah, lama rasanya tak update blog ni..tergendala macam rancangan tv..asalkan nak update je mesti internet slow, laptop ni buat hal, tuan laptop ni buat hal (hal-hal yang tak dapat di elakkan seperti tak payahlah nak bagi tau ekk!!)..ada 2 3 cerita yang dayah nak ceritakan dekat blog ni..okay first kita start dengan trip dayah ke PERTH part 2 k..

29 Oct 2009
Selama 5 jam duduk dalam flight akhirnya sampailah kami di Perth International Airport..ye ye!! dah sampai, masa dalam flight semua orang tengah syok tidur dayah and fizah tak dapat nak tidur sebab excited sangat, so kitaorang makan, pergi toilet, chatting, baca buku macam-macam lah kami buat..Keluar je dari flight ramailah passenger yang ambil pictures berlatar belakang kan kapal terbang tapi masa tu dayah malas nak keluarkan camera so tak ada lah dayah snap satu pic pun dekat dalam airport tu..Sampai je dekat imigresen masa tengah queue nak tunggu turn tu ada pekerja bawa trained dog so dia akan arahkan dog tu untuk hidu setiap passenger, ni untuk check if ada passenger yang ada bawa dadah..Masa ni takut jugak sebab anjing tu hitam and besar pulak tu, dah lah takut dia pergi ronda 2 kali pulak tu..Lepas dah check imigresen turn untuk check beg pulak, banyak jugaklah beg-beg yang diorang selongkar, ada tu siap bawa frozen food, tak taulah kalau kena tahan ke tak..nasib baik kitaorang tak kena, padahal mama ada bawa kek, takut jugak kalau dia tahan sebab barang makanan kan..

Sementara nak ambik teksi tu baba ajak pekena coffee dulu sebab semua mata dah layu, mana taknya semalaman tak tidur..



                                                                                           ni black coffee


Cappucino ini daya punya..

muka dah tak larat sebab semalaman tak tidur..



Dah lepas minum kitaorang cari teksi nak ke hotel pulak, teksi jangan risau sebab banyak yang menunggu..Dalam 15 minit jugaklah nak ke hotel, hotel kami ni memang dekat tengah bandar betul, dekat dengan kedai makanan halal, farmasi, station bus, kedai-kedai kira convinience lah..Nama hotel ni Kings Perth Hotel, harga pun boleh tahan murah jugak and disebabkan kami ada 4 orang terpaksalah kami ambik bilik yang untuk 4 orang, kepada sesiapa yang nak buat booking bolehlah pergi website hotel tu, ni link nya http://www.kingshotel.com.au/.. Since kitaorang sampai belum waktu check in lagi terpaksalah kami simpan barang dulu and pergi jalan-jalan sementara nak tunggu waktu check in..Sempat masa ni berjalan ke supermarket beli air and makanan sikit..masa ni ramai orang sebab tengah time masuk kerja, ramailah tengok orang berjalan kaki, kami pun sibuk-sibuk jugaklah..Jalan-jalan termasuklah dekat kawasan London Street, tempat ni macam ala-ala london sikit, cara kedai tu dibina, ada small cafe..tempat ni banyak jual souvernir..


 

                                            bilik                                                    

    Street ni berdepan dengan hotel kami


                                                                         



 


 
                                                                                                                                      


            rehat kejap, masa ni baru balik supermarket


lepas nak penat berjalan-jalan, kami balik hotel tapi ada 1 jam lagi nak check in..sebenarnya semua dah keletihan and ngantok nak jalan jauh sikit pun dah tak larat sangat so kitaorang balik hotel duduk lah i jam dekat lobby tu..Dapat je check in semua pergi mandi and tidur dulu, dapatlah lelapkan mata 3 jam, bangun-bangun laparlah pulak, nasib baik kami ada bawa maggi makanlah dulu maggi..Since makan maggi masih tak boleh nak hilangkan lapar makanya kami turun bawah cari kedai makan halal, mujur ada kedai kebab..apa lagi serbuuuu, masa ni sejuknya angin and kuat pulak tu angin, sambil makan kebab menggigil-gigil..


              baba yang sabar menunggu makanan

chicken and lamb kebab roll and mediterranean rice, sedap sangat tau (masa tengah menulis ni terasa nak makan kebab ni)

Lepas dah isi semua perut, kenyang lah pulak..Kami teruskan perjalanan ke King Park & Botanic Garden pulak..Park ni besar, dayah nak cari satu tempat ni dimana kita boleh tengok bandar Perth dari park ni tapi pusing-pusing tak jumpa-jumpa, fed up so ambik keputusan pergi makan ice cream..ada disediakan kedai, kedai ni kira jual makan budak- budak, ada muffin, ice cream, milk shake..tak lupa jugak ada toilet disediakan..


naik bus Red Cat and turun dekat station ni
untuk ke King Park, tapi kena jalan sikitlah


               penat berjalan duduk sebentar..                                      


                                        

                                 


Habis lepak-lepaking, kitaorang naik bus red cat dekat bus station yang kitaorang berhenti tadi..kitaorang turun dekat station yang ada yellow cat pulak sebab nak ke habour town..Harbour town ni terkenal dengan factory outlets, macam-macam ada jual dari baju, handbeg, kasut and macam-macam lagilah..Sempat jugak dayah and fizah beli baju dekat factory outlets yang ada jual baju jenama roxy, tempat ni memang happening kepada sesiapa yang memang kaki shopping..


                                                                                                                                    
                                                                          
Dari station Habour Town kena ambik yellow cat untuk ke Perth Station, sebab dekat sini yang ada red cat..Perth Station ni berdekatan dengan Perth Railway Station..

Balik dari Habour Town semua keletihan balik, kami rehat kejap before pergi dinner..okay lah dayah sambung next entry pulak, rasanya dah panjang lebar dayah menulis..tunggu next entry ye!!

2/13/2010

Pengalaman di pasar raya

Malam tadi dayah temankan mama and ayah dayah pergi Tesco Ampang..wah!! ingatkan dah ramai orang atas jalan raya sebab nak balik kampung dah, iyalah Sabtu kan dah start Chinese New Year holiday tapi sangkaan ku meleset sama sekali rupanya lagi bertambah ramai orang dekat Tesco tu..Mungkin orang tengah shopping last minit nak bawa balik kampung, mungkin juga orang kampung pesan tolong belikan itu dan ini dari Tesco, maklumlah kalau jiran-jiran tanya boleh cakap ni dari Tesco Kuala Lumpur tau (sebab kampung mereka barangkali tidak mempunyai Tesco), kira bolehlah berlagak sikit..


Keadaan dalam Tesco tu memang sudah tidak berapa terkawal sebab kan lautan manusia ramai sangat..jalan jadi jem, nak cari jalan shortkut pun tak boleh sebab jalan shortkut pun dah kena block, alih-alih kena jugaklah rempuh lautan manusia tu..kawasan nak beli barangan basah lagilah tak boleh masuk, padat dengan orang..Beratur untuk timbang barang yang dah diambil pun mengalahkan kalau kita beratur masa nak naik roller coaster dekat Genting (kenapa Genting sebabnya sana lebih popular sikit dari tempat lain)..Jadi tadi ayah dayah fed up nak tunggu sebab tak sampai-sampai turn dia makanya dia mengambil keputusan untuk terus ke tempat daging yang dah di frozen kan and beli je yang itu..habis cerita..disebabkan ramai jugaklah hasrat nak beli ikan dilupakan walaupun ikan bertimbun-timbun banyaknya, macam-macam jenis ada..

Bukan tempat basah je yang sesak, tempat nak beli sayur pun agak boleh tahan sesaknya..nak parking troli pun sampai tak ada space..cuba sedaya upaya menyelit-nyelit tepi troli orang (diam-diam tolak sikit troli orang lain ke depan or kebelakang sebab nak bagi ruang untuk troli dayah parking, jangan lah tiru macam ni, kesian orang tu cari troli dia sebab dah budget park kat mana alih-alih dah berubah tempat..)
kawasan kering pun sama jugak situasinya..pendek kata tadi memang ada adengan tolak menolak orang dengan troli..Bayangkan lah mana tak kena tolak kadang-kadang diorang berhenti tengah-tengah jalan sebab nak bercakap habis tu orang belakang dah syok- syok tolak terkejut terus terlanggar (sumpah kalau kaki kena tayar troli mau tahan sakit sampai keluar air mata, pernah experienced)..

Kaunter pun long queue tadi, kesian dengan abang cashier tu sebab dia dah macam abang yang dalam iklan kit kat tu tanpa henti scan barang..baik abang rehat sebentar dengan kit kat (kit kat banyak tadi dekat tesco sebab dayah nampak tadi diorang tengah top up, kalau nak raya chocolate pun laku)..


Kesimpulannya di sini dayah tak nak lagi pergi mana-mana pasar raya kalau ada musim perayaan except kalau hari raya je lah (itu pun sebab kena paksa and sebab nak beli barang untuk buat kuih raya, barang-barang kuih raya tak pernah cukup padahal dah kira ngam-ngam je bahan-bahan dia..)


Kepada yang bakal balik kampung and holiday Chinese New Year ni, jangan lupa bawa kereta hati-hati, ingatlah orang tersayang (kasi iklan sikit)..Kalau boleh tak payahlah bawa laju-laju sangat macam nak berlumba sebab kalau lambat pun sampai jugak cuma lambatlah tak lah secepat kalau bawa laju (apa punya ayat ni, tolonglah bm fail barangkali)..Kalau terasa mata tu mengantuk bawa-bawalah tidur sekejap, kalau ada next driver (hahaha!! mula-mula tertaip nest driver,ada ke nest driver..hahaha!! gelak sorang-sorang sebab semua dah tidur) haaa!! gilir-gilir bawa, tak salah kalau kita tolong menolong (part dari tolong menolong jugak tu)..Apa-apa pun SELAMAT BERCUTI SEMUA..

 

Di bahagian sayur-sayur, banyak jenis sayur ada..
Dibahagian basah, masing-masing tengah sibuk pilih barang..
I like kakak baju pink ni, dia posing masa dayah ambik gambar..barangkali dia dah boring sebab ramai sangat orang kan..thanks kakak..
Di bahagian basah..
 
P/S: Happy Chinese New Year to my dearest friend Chui Hiau Mun, raya nanti nak datang rumah dia nanti
          boleh dapat ang pau..Persoalan kenapa kawan mama yang kaya tu belum kahwin lagi, kalau tak dapat
          ang pau dari dia..haishh!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...